TPM harap PM jumpa Tun Mahathir sebagai anak dengan bapa beri penjelasan...

Ketika kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak terus hangat dan menjadi tumpuan ramai sudah tentu orang akan bertanya apa pandangan dan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ini.
Sebagai orang rombor dua dalam pentabiran sekarang reaksi tentu sekali mempunyai kesan dalam isu ini.

Berikutan kesibukannya menghadiri pelbagai acara dan urusan para wartawan cuma dapat bertanya beliau mengenai hal berkenaan semasa sidang akhbarnya di Jakarta Khamis yakni hari akhir lawatannya tiga hari ke Indonesia.

Muhyiddin menilai kritikan Dr Mahathir ini adalah serius dan berharap ia tidak berlarutan hingga hampir pilihanraya.

Timbalan Perdana Menteri akui beliau sendiri risau dengan apa yang berlaku.

Namun beliau program dan rancangan dibawah pentabiran PM Najib.

Serentak dengan itu Muhyiddin meminta Dr Mahathir supaya memberi peluang kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang untuk membuat kerja dengan caranya tersendiri demi kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin tidak semestinya setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan hari ini dipersetujui oleh Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan begitu juga semasa kepimpinannya, ada juga keputusan yang dibuatnya tidak dipersetujui semua orang.

"Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas perdana menteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.

"Sebab itu, apabila beliau mencetuskan beberapa perkara dalam penulisan beliau, saya sendiri secara peribadi tidak memandang ringan. Ia ada impak dan kesannya. Kalau dia (Dr Mahathir) menyentuh mengenai urusan kerajaan, yang mana patut kita jelaskan, kita patut jelaskan," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, dalam isu tertentu yang menyentuh soal seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan hal yang ada kaitan dengan perdana menteri sendiri, Najib juga boleh bertemu dengan Dr Mahathir untuk menjawab bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Saya setuju supaya bukan sahaja Perdana Menteri menjelaskan (isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir) untuk pengetahuan umum supaya tidak ada salah anggapan dan salah fahaman tentang perkara tertentu, penting juga penjelasan untuk pengetahuan rakyat. Tetapi saya fikir yang agak baik ialah pertemuan, kalau Datuk Seri Najib sebagai anak dan Tun sebagai bapa, maka saya pun begitu.

"Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa," kata beliau.

Katanya, jika bersemuka dan saling memahami, maka Najib boleh bertanya dan berbincang secara ikhlas dan mungkin isu yang dibangkitkan itu tidak berterusan serta tidak menjadikan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan serba salah.

Muhyiddin berkata, beliau menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya.

"Kita kena berlaku adil kepada rakyat, untuk berlaku adil kepada rakyat ialah dengan memberitahu perkara sebenar. Apa yang rakyat mahu ialah kebenaran, apa yang rakyat mahu ialah cerita yang benar.

Kalau mereka mendengar daripada pihak lain, (akan timbul) pelbagai cerita, tetapi tidak dapat disahkan (sama ada) benar (atau) tak benar, jadi (akan) timbul banyak tanda soal dalam kepala dan benak rakyat dan pasti itu tidak baik untuk kita," katanya.

Beliau berkata, kabinet pernah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat bahawa dalam hal seperti itu terutama yang menyentuh peribadi perdana menteri atau keluarganya dan 1MDB, Perdana Menteri lebih tahu daripada orang lain.

"Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) berniat tidak baik sebab dia kata dia ahli UMNO dan sebagai ahli UMNO dia berhak untuk bersuara dan kita tidak menyekat beliau bersuara, menulis sesuatu.

"Kita hadapi masa mencabar, kita nak Umno dan BN (Barisan Nasional) kuat, tak apalah pembangkang kuat tak kuat itu soal dia tetapi yang penting di peringkat UMNO kita mesti bersatu sebab kita akan hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Katanya, isu-isu itu harus diselesaikan cepat, jangan berlarutan sampai hampir pilihan raya dan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau risau dengan apa yang berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana