Tidak komited agenda negeri... Azmin diminta letak jawatan MB

Jika terus-menerus mendahulukan agenda politiknya daripada menyelesaikan masalah rakyat Selangor Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diingatkan supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, peletakan jawatan itu merupakan antara alternatif yang perlu dipilih Mohamed Azmin memandangkan kerajaan negeri sehingga kini masih gagal memuktamadkan perjanjian utama pengstrukturan industri bekalan air, selain membatalkan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Tegas Noh, kedua-dua perkara itu dilihat antara perkara penting yang perlu diselesaikan segera bagi memastikan kehidupan serta pembangunan negeri tidak terjejas pada masa depan.

“Jika kerajaan negeri gagal memuktamadkan perkara itu terutamanya dalam isu pengstrukturan industri perkhidmatan air, ini bermakna Menteri Besar cuba menjahanamkan masa depan Selangor. Ini kerana, isu air melibatkan kepentingan rakyat dan negeri, bukannya isu politik.

“Masalah air ini telah dibuktikan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negeri. Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada tahun 2008 hingga 2014, Selangor mencatatkan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh itu, namun peluang itu merudum kepada 10,000 ketika ini disebabkan isu bekalan air,” katanya.

Dalam pada itu, Noh turut menegaskan Mohamed Azmin supaya mengambil perhatian terhadap gesaan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini, antaranya menggesa Menteri Besar itu meletak jawatan jika gagal menyelesaikan isu air, selain hanya membuat keputusan populis tanpa memikirkan kesan kepada rakyat dan negeri.

“Jadi Menteri Besar jangan lagi bermain politik dalam isu air ini. Kerajaan negeri perlu bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan Pusat untuk manfaat rakyat dalam jangka masa panjang.

“Kalau beliau tidak mampu, elok letak jawatan sahaja,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana