Tewasnya Nizar Punca Mat Sabu Tidak Hadir Pelancaran Jentera PKR Permatang Pauh?

Telur di hujung tanduk, itulah hakikat yang dipercayai oleh kebanyakkan peminat politik tanahair terhadap masa depan Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Orang luar seperti penulis, dengan jelas melihat betapa serangan bertali arus dilancarkan ke atas tiap inci “batang tubuh”nya oleh pimpinan parti sekutu DAP dan PKR. Mustahil ahli PAS tidak tahu apa yang sedang berlaku, terutamanya politik dalaman parti mereka.

Dalam  keghairahan Anwarinas serta pimpinan DAP mempamerkan gah mengasak dan “membuli” Hadi Awang melalui media-media utama pro pembangkang, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tewasnya mantan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang bertanding mempertahankan jawatan YDP PAS Kampar. Selaku bekas Menteri Besar “rakyat”, aib yang diterima oleh Nizar bukan kepalang, apabila sekadar hanya menerima 24 undi berbanding lawannya yang menerima 146 undi. Melihat dari angka tersebut, anda nilaikan sendiri sentimen ahli PAS terhadap Nizar khususnya, dan Anwarinas amnya.

Bukan itu sahaja, pencalonan Hadi selaku presiden semakin meningkat dengan 22 pencalonan setakat ini berbanding Husam dengan 9 pencalonan. Apa yang lebih menarik, penulis difahamkan ketika ini, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang mendahului pencalonan berbanding Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden. Lebih memeranjatkan, PAS Batu Kawan, Pulau Pinang mengambil pendirian berani apabila tidak mencalonkan Mat Sabu selaku pesuruhjaya PAS negeri sebagai Timbalan Presiden!

Pro Husam, difahamkan sedang memikirkan strategi terbaik untuk Husam Musa demi mencapai cita-cita menduduki kerusi empuk presiden. Bukan berhelah atau bermadah, mereka (pro Husam) terus terang mengakui kedudukan Husam dalam bahaya.

Apakah ini bermaksud, bahawa Husam dan Mat Sabu adalah dari “cai” atau “bakul” yang sama?

Semalam, pelancaran jentera PKR Permatang Pauh hambar dan timbul persoalan apabila tidak dihadiri oleh pimpinan PAS pusat kecuali Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah, Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Mujahid Rawa, serta Datuk Salleh Man, ADUN Permatang Pasir.

Malah, Mat Sabu yang sepatutnya hadir juga tidak kelihatan pada majlis tersebut atas alasan sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

Apakah ianya ada kaitan dengan perkembangan terbaru di Permatang Pauh, di mana penulis difahamkan, wujud pergeseran hebat di antara Pemuda PAS dengan AMK, apabila Pemuda PAS dengan terbuka mengingatkan AMK tentang “siapa” yang membantu kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sebelum ini.

Penulis tidak menolak kemungkinan, dengan kebangkitan pro ulamak PAS, pro Anwarinas sedang gundah gulana memikirkan strategi terbaik untuk membuat “counter-attack”. Siapa lagi rakan strategis mereka kalau bukan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana