Teropong sokongan Cina di Permatang Pauh....Kita Tengoklah Nanti

Permatang Pauh mempunyai 72,496 pengundi, 70.34 peratus daripadanya Melayu, Cina (22.91 peratus), India (6.32 peratus) dam lain-lain (0.44 peratus).
Daripada 16,608 orang pengundi Cina, BN sekadar memperoleh kira-kira 12 peratus atau 2,000 undi dalam pilihan raya sebelum ini.

Bakinya iaitu 14,000 orang telah mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejak PRU13, sudah berlaku perubahan dalam kedua-dua parti besar orang Cina, MCA dan Gerakan.

Presiden sudah berubah, hala tuju dan tranformasi parti dilakukan dengan semangat bangkit dari kekalahan memalukan ketika PRU13 lalu.

Kini pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi gelanggang untuk menguji semangat kebangkitan itu.

Mampukah Gerakan dan MCA bangkit semula? Keadaan ini akan dinilai dalam Pilihan Raya Permatang Pauh.

Menurut analisis akhbar Cina Kwongwah Yitpoh, PRK Permatang Pauh adalah Hukum hudud vs GST, pihak mana yang akan menang?

Berdasarkan senario semasa, kebanyakan pengundi Cina masih yakin dengan DAP.

Kebanyakan mereka berpendapat hukum hudud tidak mudah diluluskan, sebaliknya GST sudah tiada jalan untuk berpatah balik.

Rasa tidak puas hati terhadap GST dan hukum hudud adalah sama. Namun begitu, pengundi termasuk pengundi Cina adalah jelas tidak berpuas hati dengan GST.

Hukum hudud sebaliknya melibatkan isu agama. Oleh itu walaupun tidak berpuas hati, perasaan rakan beragama Islam masih perlu dijaga.

MCA dan Gerakan sedar ekoran daripada GST, peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis.

Kemenangan hanya berlaku jika calon PKR silap ketika mengisi borang dan memberi laluan mudah kepada BN. Intipati pilihan raya kecil ini bukan mencipta kejutan, tetapi membantu BN menambah sokongan pengundi bukan Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat satu perhitungan mudah iaitu hanya 12 orang daripada 100 Cina mengundi BN.

Sebanyak 88 undi pula berada dalam tangan pihak lawan. Beliau berpendapat undi Cina dan undi atas pagar merupakan faktor kemenangan dalam pilihan raya kecil justeru menjadi rebutan kedua-dua pihak.

Gerakan mempunyai lebih 1,500 ahli di Permatang Pauh manakala MCA mempunyai 2,084 ahli.

Jumlah pengundi berdaftar daripada kedua-dua parti ialah 3,584 orang. Adakah kesemua yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu adalah ahli Gerakan dan MCA?

Dua parti ini perlu menarik sokongan ahli mereka yang tidak mengundi atau mengundi kepada parti lawan.

Dalam perhitungan BN, mereka tidak mengharapkan MCA, Gerakan menarik sokongan separuh pengundi Cina, tetapi mahu tahap sokongan ditingkatkan daripada 12 peratus kepada 30 peratus.

Keadaan itu bermakna tahap sokongan Cina diharapkan dapat dinaikkan kepada 5,000 undi atau peningkatan sebanyak kira-kira 3,000 undi berbanding pilihan raya sebelumnya.

Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan yakin untuk mencapai sasaran ini? Difahamkan MCA tidak menaruh harapan yang terlalu besar, mereka berpandangan adalah cukup baik jika undi Cina dapat meningkat kepada 3,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana