Tak sah solat ikat rambut...Ingatan Untuk Semua

“Tidak sah solat bagi lelaki mengikat rambutnya yang panjang atau memakai cekak kerana ia menyerupai wanita,” kata Ustaz Che Nordin Che Ibrahim dalam program Pemantapan Solat anjuran Badan Khairat NSTP, di Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun Rasulullah SAW mempunyai rambut yang panjang, Baginda selalu menjaganya dengan kemas dan tidak pernah mengikat rambut atau bertocang.

Beliau berkata, ramai umat Islam terutama golongan muda melakukan perbuatan itu kerana tiada ilmu menyebabkan mereka tidak tahu mana yang dibolehkan dan dilarang dalam Islam.
Program Pemantapan Solat siri 2 itu dihadiri 120 kakitangan NSTP.
Beberapa latihan praktikal turut ditunjukkan bagi membolehkan peserta lebih memahami konsep solat terutama sembahyang jemaah.

Che Nordin berkata, setiap umat Islam perlu memberi keutamaan kepada solat kerana ia ibadat paling penting, malah dianggap tiang dalam agama.

“Rasulullah SAW menerima sendiri fardu solat dari Allah berbanding ibadat lain, malah apabila kita meninggal dunia, perkara utama yang disoal malaikat dalam kubur ialah mengenai solat.
“Jika di dunia kita melakukan solat maka mudah kita menjawab soalan lain, tetapi jika sebaliknya azabnya amat dahsyat,” katanya.

Menurutnya, umat Islam yang bekerja, tetapi tidak bersolat, rezekinya tidak berkat walaupun hakikatnya seseorang itu memiliki pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
“Rezeki bukan dari kerja, tetapi Allah yang memberikan, justeru lakukan solat walaupun kita letih, sakit atau tidak berkemampuan kerana ia rukun Islam.

“Allah tidak memberatkan umat-Nya dalam bersolat malah jika sakit, boleh solat duduk, berbaring atau sekadar menggunakan mata,” katanya.

Ditanya bagaimana mahu mendapatkan solat yang khusyuk, katanya ketika melakukan ibadat itu anggaplah kita melakukannya seolah-olah ia solat terakhir.

“Umat Islam juga perlu memahami bacaan dalam solat supaya lebih khusyuk, jika tidak fikiran akan melayang kepada perkara tidak berfaedah,” katanya.

Selain solat lima waktu, beliau juga menasihatkan supaya melakukan solat sunat kerana ia membantu menampung sebarang kekurangan atau kecacatan dalam solat fardu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana