Tak Perlu Pertikai Cara PM Teraju Malaysia - UMNO Perak

IPOH 11 April - UMNO Perak berpendirian pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menerajui negara tidak wajar dipertikai dan dikaburi dengan pelbagai persepsi yang membawa kepada tuduhan serta fitnah melampau, meskipun mengamalkan keterbukaan menerima pandangan, nasihat dan kritikan membina.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kepimpinan Perdana Menteri dalam membawa perjuangan UMNO yang digagaskan pemimpin terdahulu adalah kesinambungan dan menjadi tanggungjawab seluruh anggota parti untuk sama-sama membantu beliau menjayakan agenda parti.

"Badan Perhubungan UMNO Perak berpendapat kesediaan perdana menteri tampil secara terbuka menjawab kritikan, tuduhan dan dakwaan memperlihatkan sikap keterbukaan dan bertanggungjawab beliau sebagai pemimpin.

"Justeru, UMNO Perak menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada kepimpinan negara dan parti sekarang untuk melaksanakan agenda transformasi yang sedang berjalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO Perak, yang bermesyuarat semalam, sebulat suara membuat pendirian akan bersama-sama dengan perdana menteri dalam meneruskan kepimpinan bagi kepentingan negara dan keutuhan parti.

Zambry juga berkata, UMNO Perak akan memastikan kesatuan keluarga besar parti itu di negeri ini terus dimantapkan dan mengelak serangan dari dalam terhadap kepimpinan yang boleh melemah serta memporak-perandakan UMNO.

"Sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bertekad untuk memastikan Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran negeri ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana