Tahu Pun Takut Dan Azmin goyang... dakwa keputusan PKR singkir PAS hanya peringkat negeri

Alamak... ini mesti tengah panik Menteri Besar Selangor baru Mohamad Azmin Ali.
Silap hari bulan... beliau akan catat sejarah sebagai MB paling singkat di negeri tersebut selepas PKR dan DAP Sabah umum singkirkan PAS dari Pakatan Rakyat negeri itu.

Azmin tahu jika PAS Selangor balas perkara sama... kerajaan negeri pimpinan beliau hanya ada kelebihan satu atau dua ADUN untuk dapat majoriti 29 yang diperlukan.

Orang kata bila-bila boleh tumbang.

PAS mempunyai 15 ADUN di negeri itu, sama banyak dengan DAP dan PKR hanya ada 13 ADUN selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi ADUN Bebas.

Menurut Azmin, keputusan PKR Sabah memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri ekoran isu hudud hanya membabitkan hubungan di peringkat negeri dan tidak pusat.

Menegaskan demikian, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan parti di peringkat negeri berhubung perkara itu sebelum keputusan muktamad dibuat di peringkat biro politik PKR.

"Pendirian PKR di pusat, kita mahu Pakatan Rakyat dipertahankan dan diperkukuhkan.

"(Saya) mengaku kita ada masalah sedikit berhubung beberapa isu, tapi mengikut pengalaman kita, isu besar melanda Pakatan Rakyat pernah diselesaikan secara bermuafakat," katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas keputusan PKR dan DAP Sabah semalam yang membuat pendirian bersama itu kerana tidak setuju dengan hasrat PAS melaksana hukum hudud di negara ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak berpecah ekoran isu hudud, namun menggesa pimpinan parti itu berbincang menyelesaikan segala pertikaian berdasarkan konsensus.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau akan mengulas mengenai titah Sultan Selangor yang mahu status tanah rizab Melayu yang dibatalkan kerajaan negeri bagi tujuan projek pembangunan semula digantikan segera.

Ulasan akan dibuat ketika sesi penggulungan perbahasan dalam sidang DUN.

Katanya dalam sesi itu, beliau akan mengemukakan statistik terkini berhubung penggantian tanah rizab Melayu yang dilakukan kerajaan negeri.

Sultan Selangor dalam ucapan pembukaan persidangan penggal ketiga DUN Selangor ke-13 semalam bertitah, sebarang bentuk penggantian tanah baharu harus "serupa keadaannya" dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, PAS tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak pernah memutuskan hubungan dengan sesiapa walaupun diketepikan oleh rakan komponennya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata terdapat perbezaan antara 'dikeluarkan' dan 'keluar' daripada kerjasama dalam PR dan perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu semalam.

"Bagaimanapun kami menerima baik keputusan itu (tindakan DAP dan PKR Sabah serta DAP Sarawak mengetepikan Pas) dan berharap perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Selasa, yang mendesak PAS membatalkan kerjasama politik dengan DAP.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak bermaruah dan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana