Tahniah NGO..... bantah tindakan Adun PR pakai baju hitam

IPOH - Lebih 300 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini bagi membantah tindakan wakil rakyat pembangkang yang berpakaian hitam sewaktu istiadat pembukaan rasmi Sidang Dun, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Datuk Nadzri Ismail berkata, tindakan wakil rakyat pembangkang itu jelas menunjukkan kebiadaban serta menghina institusi raja kerana pemakaian pakaian hitam itu merupakan satu perbuatan biadab.

Menurut beliau, mereka juga tidak menghormati Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang buat pertama kali mengenakan pakaian kebesaran sebagai seorang Sultan.

"Jelas perbuatan melampau ini merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Sultan Perak termasuk institusi beraja.

"Apa yang cuba mereka sampaikan dengan memakai baju hitam yang melambangkan kematian atau upacara berkabung, ia sangat biadap dan tidak boleh dimaafkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana