Syabas NGO.....AS diminta tidak lindungi Alvin Tan

BANGI, 24 April – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didesak supaya tidak melindungi pelarian rakyat Malaysia Alvin Tan sebaliknya menghantar pulang blogger ekstrem kerana menghina agama Islam.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao, berkata tindakan memberi perlindungan kepada Alvin tidak masuk akal kerana ia hanya boleh diberikan kepada rakyat yang berasal dari negara yang bergolak, kucar-kacir dan mempunyai masalah perkauman.

“Presiden Barrack Obama diminta supaya tidak memegang kata-katanya yang menolak sentimen perkauman dan agama sekali gus menyerahkan Alvin Tan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk diadili.

“Saya minta Kementerian Luar dan juga Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan untuk membawa balik Alvin Tan dengan apa cara sekali pun,” katanya yang dipetik sebuah portal berita hari ini.

Ramesh berkata, kerajaan perlu bertindak tegas bagi mengelakkan masyarakat antarabangsa memperlekehkan kelemahan sistem undang-undang di Malaysia.

“Tindakan Alvin dan seorang lagi rakyat Malaysia yang melarikan diri ke AS dan Sweden selepas menghina Islam dan Raja-raja Melayu boleh melakukan apa sahaja dan kemudiannya dilindungi di negara luar.

“Kita tidak mahu orang luar melihat Malaysia ini seperti kartun dan ia seolah-olah saya boleh bunuh orang lari ke AS dan saya selamat. Ia buat undang-undang Malaysia macam kartun,” ujarnya selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Beberapa hari lalu Alvin dengan sengaja memuatnaik video menghina Islam dengan memuat naik video bertajuk ‘Muslim Call to Prayer – Azan (R&B cover)’.

Susulan dari itu, hari ini Ismaweb mendapati Alvin masih mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik status di Facebooknya yang berbunyi :

Kepada rakyat Malaysia sekalian, kenapa nak marah apabila saya main muzik semasa melaungkan Azan? Di Malaysia ada orang selawat dan zikir menggunakan muzik, siap ditaja oleh kerajaan lagi. Pergilah marah. Nabi Muhammad S.A.W. ajak ke guna muzik bila berselawat dan berzikir? #‎Fikirkanlah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana