Syabas Dan Memang Terbaik....GST : Kerajaan Jamin Harga 73 Barang Keperluan di Pasar Tani Tetap Turun

PUTRAJAYA 31 Mac - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula esok tidak akan menjejaskan penurunan harga jualan 73 jenis barang keperluan yang terbabit dalam Program Jualan Turun Harga Pasar Tani yang dilancarkan Februari lalu.

Beliau berkata, bahawa harga 73 barang dan produk berasaskan pertanian segar, kering dan diproses yang dijual di 580 pasar tani seluruh negara akan kekal murah antara lima hingga 20 peratus berbanding tempat lain.

"Program Jualan Turun Harga Pasar Tani akan diteruskan kerana ia bukan saja memberi impak yang baik kepada pengguna malah peniaga.

"Purata nilai jualan komoditi terpilih di pasar tani sebelum dan selepas pelaksanaan program ini menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

"Komoditi terpilih itu termasuk ayam proses, barang runcit, buah-buahan, daging lembu, ikan laut, sayur-sayuran dan telur mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 30.33 juta pada Mac lalu meningkat 13 peratus berbanding Januari lalu iaitu RM26.40 juta," katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja di Pasar Tani Putrajaya, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana