'Sudah Tiba Masanya Ayahanda Najib Respons Kritikan Ayahanda Mahathir'

KUALA LUMPUR 4 April - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ibdillah Ishakudah tiba masanya untuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan respon terhadap kritikan yang dilontar oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Perkara yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir adalah tentang masa depan UMNO dan PRU14, yang saya kira ianya adalah satu pandangan beliau sebagai seorang yang mencintakan parti mengatasi segalanya," tegasnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tegasnya lagi, anak muda Malaysia mahukan respon yang tuntas dari mulut Perdana Menteri sendiri.

"Saya memuji keterbukaan YAB PM dalam menerima kritikan dari sesiapa sahaja. YAB PM merupakan seorang pemimpin yang inklusif dalam mentadbir Malaysia. Namun, anak muda Malaysia mahu lihat respons YAB PM kepada segala fitnah jahat pihak lawan. Mungkin sudah tiba masanya."

Tambah Ibdil lagi, kepimpinan negara ini memerlukan "Cabinet of Talents" yang mahu melibat perubahan berlaku di dalam UMNO.

"Anak muda Malaysia lihat parti UMNO dari pimpinan tertinggi sehinggakan pimpinan di peringkat cawangan. Mereka mahu lihat perubahan berlaku di dalam UMNO. Peremajaan parti haruslah disegerakan.

"Anak muda Malaysia melihat apa yang berlaku baru-baru ini. Mereka peka akan masalah negara. Misalnya 1MDB, GST dan mungkin pada masa akan datang, TPPA. Walaupun sebahagian itu fitnah, anak muda dalam UMNO akan terus pertahankan parti keramat ini." ulasnya.

Khamis lalu, Tun Dr Mahahir menerusi blognya membuat kritikan paling keras terhadap Najib dan menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam PRU14 jika Najib masih menerajui parti tu.

Turut berpandangan sama ialah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak,

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana