SPRM tahan enam lagi pegawai Veterinar Johor...Syabas SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi pegawai Jabatan Veterinar Johor bagi membantu siasatan berkaitan program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (Pintaf) yang diperkenalkan kerajaan.

Tahanan ini menjadikan 12 individu telah ditahan SPRM menerusi Ops Tanduk‎ bermula tangkapan pertama 1 April lalu.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menerima su‎apan daripada pembekal dan bersubahat memalsukan dokumen tuntutan bekalan dan pembayaran Pintaf melibatkan ketirisan sehingga RM500,000.

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 50 tahun dari pelbagai jawatan.

"Antara ditahan hari ini adalah seorang wanita dan pegawai kanan Koperasi Kakitangan Veterinar Johor Berhad.

"‎Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM Segamat untuk diambil keterangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana