SPRM: Rosmah Juga Tidak Terlepas Siasatan

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah mansor juga tidak terlepas daripada sebarang siasatan, demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM turut menjalankan siasatan berhubung dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta pada 2011 oleh Rosmah.

Didapati bahawa cincin yang didakwa dibeli oleh Rosmah memasuki Malaysia melalui Singapura.

Tambah Abu Kassim, Jabatan kastam mengesahkan bahawa ia kemudiannya dihantar semula ke sebuah syarikat barang kemas di New York, demikian lapor Sinchew Daily.

Menurut beliau lagi, SPRM memulakan siasatan satu jam selepas pihaknya menerima aduan pada pukul 2 petang, diikuti dengan panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Apa yang saya ingin katakan ialah...kita telah pun menyiasat isteri Perdana Menteri. Adakah anda fikir kita masih takut?" katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ikrar untuk melawan rasuah bersama wakil rakyat Sabah.

Abu Kassim berkata ini adalah kali pertama beliau mengakui secara terbuka berhubung siasatan terhadap Rosmah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana