Speaker Dewan Rakyat umum kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong...siap pilihanraya kecil

Sudah tidak ada lagi ding dong.Kerusi kawasan Parlimen Permatang Pauh rasmi kosong hari ini Rabu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu kenyataan media awal petang kata beliau sudah pun terima surat keputusan tolak rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya keputusan permohonan pengampunan itu telah diputuskan pada 16 Mac lalu.

Menurut Pandikar dengan keputusan ini bermakna Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan.

Katanya pemberitahuan mengenai hal itu sudahpun dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sementara itu Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof yang jawab soalan Agendadaily menerusi SMS mengesahkan pihaknya sudah terima surat dari Speaker Dewan Rakyat.

Katanya maka pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh perlu diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana