Sindiran yang amat tepat dari Penasihat Eksekutif Ilmuwan (iLMU), Fathul Bari Mat Jahya....PAS rapat dengan UMNO hanya bila terdesak....

HUDUD: 'PAS KAHWIN DENGAN DAP DAN PKR, KENAPA HENDAK ANAK NAMA UMNO?' - FATHUL BARI

KUALA LUMPUR: PAS diminta menyelesaikan kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) mengenai hudud sebelum mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian mengenai isu berkenaan.

Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, kerjasama PAS, DAP dan PKR disifatkan semakin rapuh dan retak menunggu belah apabila melibatkan UMNO dalam isu hudud.

"PAS umpama kahwin dengan DAP dan PKR tetapi mahu anaknya diberi nama UMNO. Kenapa mereka mahu Najib menyatakan pendirian pula?

"Masalahnya hudud PAS ini ditolak oleh DAP dan PKR, apabila hudud ditolak oleh sekutu mereka, tahu pula mereka mengemis simpati kepada UMNO," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Najib tersepit untuk menyatakan pendiriannya tentang pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan.

Katanya, Najib berada di persimpangan untuk memberi sokongan kepada hudud atau berhadapan risiko kehilangan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

Sementara itu kata Fathul, hudud PAS dilihat hanya bermotif politik dan tidak menyeluruh mengikut undang-undang Islam sendiri.

"Hudud PAS tidak meliputi orang bukan Islam sedangkan ia sebenarnya perlu dipraktikkan secara menyeluruh.

"Sebagai contoh, ada lima pencuri dan hanya dua daripada mereka bukan Islam sekali gus terlepas hukuman potong tangan...pasti dua lagi akan kata mereka bukan Islam juga semata-mata untuk mengelakkan tangan dipotong, jadi tiada keadilan dalam isu hudud PAS ini," ujarnya.

Sebelum ini, Fathul meminta masyarakat memahami isu hudud bukanlah diukur pada pelaksanaan hukuman semata-mata namun bergantung kepada keberhasilannya iaitu suasana yang aman dan tenteram kerana kurangnya jenayah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini memaklumkan BN akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya akhir bulan lepas.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, semua 37 Ahli Parlimen DAP mengumumkan keputusan menolak pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.

Tegasnya, rakyat negara ini yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu mengundi untuk dasar bersama, bukan untuk pelaksanaan hudud

Sementara, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui PR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana