Sikap pemimpin PAS punca Guan Eng semakin lantang

SHAH ALAM: Kelantangan serta kebiadapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila terus-menerus menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didokong oleh pemimpin dalam parti Islam itu sendiri, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

"Betul (Kelantangan serta kebiadapan), galaknya Lim Guan Eng untuk menyerang presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi oleh kerana pemimpin-pemimpin yang vokal (lantang) dalam PAS itu memberi laluan kepada Guan Eng sebab itu Guan Eng berani berbuat demikian.

"Dan tidak bersungguh-sunguh untuk membela presiden mereka," katanya memberitahu Antarapos.

Malah, menurut Ismail Mina beliau sendiri pernah menggesa Setiausaha Agung parti itu agar mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi mempertahankan presiden melalui SMS.

"PAS tidak pernah membuat kenyataan yang bersifat kepartian, (kenyataan) individu-individu banyak. Jadi, parti tidak pernah membuat pendirian mempertahankan presiden mereka bagi menolak serta menyatakan Guan Eng sebagai biadap dan seumpamanya," jelas Ismail.

Bagaimanapun, dalam respon Mustafa kepada Ismail Mina, pihak parti telah berbuat demikian.

Sebelum ini, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pihaknya sepakat untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

Guan Eng dalam kenyataannya mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Abdul Hadi selepas mendakwa Presiden PAS itu tidak jujur dan tidak bermaruah.

Sehubungan itu, Ismail menyarankan dua tindakan kepada golongan yang didakwa tidak mendokong perjuang presiden PAS itu.

"Pertamanya, dari segi organisasi mereka ini wajib membela presiden mereka dalam apa jua keadaan sekali pun apatah lagi apabila mereka berada dibawah parti Islam. Akhlak Islam adalah mempertahankan presiden parti kerana presiden dalam kenyataan beliau tidak sedikit pun bercanggah dengan prinsip ajaran Islam dan tidak bercanggah dengan perjuangan PAS sejak dahulu.

"Yang kedua, mereka ini elok segera meninggalkan parti. Kalau mereka masih degil mahu bersama dengan parti yang membantai parti mereka sendiri. Jadi, dari segi moral mereka ini tidak ada moral sebagai pemimpin

"Malah tidak juga bermoral sebagai ahli parti maka mereka elok tinggalkan parti.

"Masuklah parti DAP yang mereka inginkan sangat itu," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana