Siapa yang tertekan di Permatang Pauh...?

Gelanggang di Permatang Pauh kini sudah rasmi terbuka.Pilihanraya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi di situ bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ia memang dijangka.Cuma tersangkut sekejap gara-gara keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cuba nasib kemuka permohonan rayuan pengampunan atas kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada Yang Dipertuan Agong.

 Sepatutnya pilihanraya kecil itu diadakan tidak lama selepas 10 Februari bila Mahkamah Persekutuan buat keputusan mengekalkan hukuman lima tahun penjara keatas Anwar.

Malah sebelum Speaker Dewan Rakyat Tan Sri pandikar Amin Mulia secara rasmi umum petang Rabu kerusi itu kosong ekoran keputusan Lembaga Pengampunan tolak permohonan pengampunan - perkiraan mengenai senario pilihanraya kecil itu sudah menjadi perhatian.

Kalau tidak silap Permatang Pauh mencatatkan sejarah tersendiri sebagai kawasan yang paling kerap ada pilihanraya kecil di negara ini.

Ingat balik tidak lama selepas PRU ke 12 pada 28 Ogos,2008,pilihanraya kecil kawasan parlimen diadakan bila Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail letak jawatan untuk bagi laluan kepada Anwar bertanding.

Selepas itu pada 8 April ,2009 ada pula pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti yang merupakan salah satu dari tiga kawasan DUN dalam Permatang Pauh.

Selain Penanti,dua kawasan DUN lain ialah Permatang Pasir dan Seberang Jaya.
Kemudian dalam tahun sama pilihanraya kecil di Permatang Pasir pada 25 Ogos.
Kini akan berulang balik pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Permatang Pauh memang kubu kuat Pakatan.Pada PRU ke 13 Pakatan sapu bersih kawasan Parlimen melalui Anwar dan ketiga-tiga DUN.

DUN Seberang Jaya PKR,Penanti PKR manakala Permatang Pasir PAS.
Seberang Jaya sebelum itu adalah satu-satunya kerusi yang dimenang BN.
Undi yang paling hampir sekali untuk kawasan parlimen cuma masa PRU 2004.Bezanya hanya 590 undi saja bila bekas Iman Besar Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail BN lawan Wan Azizah.

Pada PRU lain-lain jarak majoriti agak jauh.Pada PRU 13 Anwar dapat majoriti 11,721.
Beliau dapat 37,090 undi tewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail 25,369 dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Shamsudin 201 undi.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini dikira cukup menarik kerana landskap politik semasa khususnya melibatkan sepak terajang dalaman Pakatan sendiri.
Dari 71,699 pengundi di kawasan itu orang Melayu 68.5% ,Cina 24.79% ,India I:6.3% manakala lain-lain 0.41%.

Sudah pasti semua orang nak tengok apa kesan keatas kerjasama dalam Pakatan untuk menghadapi pilihanraya kecil ini ketika hubungan antara PAS dengan DAP dan PKR kini berada ditahap 'cukup dingin' kerana isu Hudud.

Apakah orang PAS di kawasan itu akan 'tunjuk belang' membalas tindak tanduk DAP dan PKR menerusi pilihanraya kecil ini?ADUN Permatang Pasir ialah Datuk Salleh Man.Beliau ialah bekas Persuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Sebaliknya kini Persuruhjaya PAS Negeri ialah Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS.Mat Sabu diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Anwar.Bagaimanapun hubungannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kini 'kurang mesra'.

Tidak pasti samaada Mat Sabu ada grip keatas orang PAS di Permatang Pauh.Memang diketahui umum kebiasaan jentera PAS yang menjadi tunjang dalam pilihanraya kecil Pakatan dimana ada pengundi Melayu ramai.Selain itu kini Pakatan berdepan dengan isu siapa yang bakal dilantik menjadi Ketua Pembang di Parlimen bagi menganti tempat Anwar.

Juga siapakah calon Pakatan.Apakah Nurul Huna,anak Anwar seperti yang disebut-sebut kebelakangan ini?Jika benar ia akan mewujudkan putaran isu anak beranak.
Turut menjadi tandatanya apakah kesalahan kedua Anwar atas jenayah keji meliwat akan beri kesan keatas mereka yang menyokong Pakatan di Permatang Pauh.Pakatan kebelakangan ini jenuh main sentimen untuk mengkaburi kes liwat dengan mendakwa Anwar mangsa konspirasi politik sekalipun fakta kes liwatnya cukup solid.

Orang Melayu kebiasaannya cukup sensitif terhadap perbuatan mungkar yang keji.
Apapun dilihat dari segenap sudut persekitaran di Permatang Pauh,siapa juga calon BN yang akan turun padang nanti tetap adalah jadi underdog dalam pilihanraya kecil ini.

Malah ramai pemerhati merasa jika BN mampu mengurangkan majoriti Pakatan berbanding PRU13 lalu sudah dikira satu kejayaan besar.Namun dalam politik macam-macam boleh berlaku.

Jangan lupa BN berjaya rampas Teluk Intan dari DAP pada pilihnaraya kecil tahun lalu.
Atas sebab itu debaran lebih pada batang tubuh Pakatan dalam pilihanraya kecil ini.


Banyak yang Pakatan perlu jaga dan buktikan di Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana