Siapa Hanipa Ni.... saran Haron duduk berbincang dengan DAP
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din disaran duduk berbincang dengan rakan sekutunya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya memutuskan bahawa tidak ada lagi usaha pendamaian antara parti Islam itu dengan DAP.
Malah, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berpandangan Mursyidul Am itu harus menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepada PAS agar rakyat dapat menilai perkara sebenarnya.
"Dia (Haron Din) berhak bagi pendapat tetapi bagi saya sepatutnya bila ada orang membuat tuduhan terhadap diri kita, kita seharusnya bertindak menjelaskan perkara yang sebenarnya bukan putuskan sudah tidak ada lagi usaha pendamaian.
"Saya tak rasa ia satu tindakan yang wajar, maknaya DAP buat tuduhan kita jawablah supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya rasa Mursyidul Am patutnya berbincang dengan DAP dan semua pihaklah bukan Mursyidul Am sahaja termasuk ketiga-tiga parti. Sebab PR ini masih lagi utuh dan saya tak nampak keperluan masing-masing tak boleh duduk berbincang," tegasnya ketika ditemui Antarapos.
Haron sebelum ini menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau dan memberi isyarat yang hubungan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkecai.
Haron turut dipetik mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS itu, dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri.
Menurutnya, orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.
Mengulas mengapa PKR tidak bertindak mempertahankan Hadi dalam kemelut yang melanda, Hanipa berkata tidak ada keperluan untuk rakan sekutunya berbuat demikian.
"Buat apa? Antara DAP dengan PAS, buat apa PKR nak campur tangan dalam urusan begitu. Lagi wajar (PKR tak pertahan sesiapa), kalau dia sokong PAS nanti apa pula pandangan DAP. Jadi, mereka perlu berdikari dalam hal itu," ujarnya.
Malah, beliau juga turut menafikan dakwaan bahawa tidak ada usaha daripada PKR untuk meredakan ketegangan yang berlaku antara PAS dan DAP.
"Tak betul, saya rasa (PKR) buat kerja banyak. Semalam (kelmarin) kenyataan Rafizi (Setiausaha Agung PKR) telah berjumpa DAP dan PAS secara berasingan dan itu langkah pertama (usaha pendamaian). Jadi, tanggapan itu tak betul," jelasnya.
Tegasnya lagi, beliau tidak nampak kemelut yang melanda parti kompenan itu mampu memecah-belahkan Pakatan Rakyat.
Katanya, ini kerana beliau yakin rakyat dan ketiga-tiga parti itu masih memerlukan Pakatan Rakyat.
"Saya tak nampak. Itu pendapat beliau sahaja, dia boleh beri pendapat tetapi saya rasa saya tak nampak perkara itu (PR berpecah) akan berlaku.
"Ya, sebab ketiga-tiga parti ini diperlukan, rakyat perlukan PR, kita pun perlukan satu sama lain. Jadi, saya tak nampak kenapa harus berpecah kecuali ada orang yang mahukan PR berpecah," tambahnya.

Comments