SELEPAS GURU KAFA SENDIRI DEDAHKAN, HARI INI AZMIN KATA KERAJAAN NEGERI AKAN TELITI!!!

Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada prinsipnya bersetuju menaikkan elaun itu, namun pembayaran perlu dibuat mengikut mekanisme yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri melalui Exco agama sedang teliti (perkara itu), pada prinsipnya kita telah bersetuju tetapi mekanisme pembayaran mestilah telus kerana ini soal kewangan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham pada Selasa, yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13.

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dijanjikan semasa PRU13 itu.

Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun 6,742 guru Kafa di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana