Selangor tiada cadangan naikkan elaun guru KAFA - Exco

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak pernah bercadang untuk menaikkan elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan, kata Exco Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata jikapun kerajaan negeri Selangor mempunyai hasrat untuk menaikkan kadar elaun itu, banyak aspek yang perlu dikaji.

Yunus berkata demikian mengulas tuntutan kenaikan elaun oleh seorang guru KAFA yang dilaporkan membuat kecoh di DUN Selangor pagi tadi.

"Tidak ada kenaikan. Sebab ia tidak diperuntukan dalam Belanjawan 2015," katanya yang ditemui media di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tengah hari tadi.

Pagi tadi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkeras untuk memasuki DUN Selangor dan berjumpa Menteri Besar dan Exco Selangor bagi menuntut kenaikan elaun kumpulan tenaga pengajar seluruh negeri itu.

Ekhsan yang mendakwa dirinya mewakili suara lebih 10,000 guru KAFA di negeri itu menyerahkan surat terbuka mengenai tuntutan kenaikan elaun tersebut untuk perhatian besar dan exco-exco yang berkaitan.

Guru agama itu turut mendakwa perasaannya dan ratusan guru agama di negeri itu seolah-olah dipermainkan sejak tiga tahun lalu apabila pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu kenaikan elaun mereka akan dikaji.

Namun sehingga kini tiada khabar berita mengenai perkara itu walaupun Selangor kini diteraju menteri besar baru, Azmin Ali.

Bekas Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali sebelum ini pernah berkata pelaksanaan kenaikan elaun guru KAFA menjadi salah satu rancangan kerajaan negeri, sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PR pada PRU-13.

Namun kenaikan itu harus selaras dengan penambahan waktu pengajaran dengan jangka masa yang lebih munasabah.

Elaun guru KAFA sebelum ini adalah RM738.30 kemudian dinaikkan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat mentadbir negeri.

Pada Februari 2013, ia sekali lagi dinaikkan kepada jumlah terkini iaitu sebanyak RM1,300 sebulan.

Mengulas lanjut, Yunus berkata tindakan Ekhsan itu tidak wajar dan guru agama itu sepatutnya bersikap lebih profesional.

"Tapi kalau dari segi tata caranya tidak betullah lebih-lebih lagi dia seorang guru KAFA kita boleh bincang sebenarnya tidak perlu merempuh dan sebagainya sesuatu yang tidak baik," ujar ADUN Sijangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana