Sekutu Baru DAP Dan PKR.....Pasma tidak sabar ganti PAS dalam PR

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menyatakan kesediaan menggantikan PAS bagi melengkapkan gabungan pakatan pembangkang jika PAS sedia keluar untuk berjuang bersendirian.

Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, PAS adalah sebuah parti yang kukuh dan mampu bergerak bersendirian.

pasma“PAS parti politik yang dah lama serta parti ini juga pernah bergerak sendirian sebelum ini dan orang-orangnya juga kuat. PAS juga sudah berjaya sekarang dan sudah tentu boleh bergerak sendiri,” katanya.

Pasma katanya, jika menjadi sebuah parti politik tidak akan mampu bergerak sendirian kerana masih baharu dan memerlukan sokongan daripada pakatan pembangkang.

“Dasar penubuhan Pasma adalah untuk menyokong perjuangan pakatan pembangkang dan memang kita tidak mampu bergerak sendiri serta perlu sokongan pakatan pembangkang.
“Apapun perkara ini masih dalam peringkat kajian dan perbincangan, semua terpulang kepada pimpinan PKR dan DAP,” katanya menambah bahawa pakatan pembangkang hanya memerlukan sebuah parti politik yang cenderung ke arah Islam.

“Kalau ada dua parti yang cenderung kepada Islam dalam pakatan pembangkang, itu tak mungkin terjadi, perlu ada hanya satu. Apa pun kita kena tunggu perkembangan lanjut daripada pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai perkara ini, adakah perlu kekal dengan status quo sekarang atau tidak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor dan bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana