Sedarlah Ahli PAS Shah ALam......Khalid Samad Dikecam Serang Kepimpinan Hadi Awang

KUALA LUMPUR 18 April - PAS Negeri Terengganu mengecam tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membelakangkan saf kepimpinan parti itu dalam isu rang undang-undang persendirian hudud di Dewan Rakyat.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, dakwaan sedimikian jelas tidak benar berdasarkan penerangan dari PAS Kelantan ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan menerusi mesyuarat parti sebelum ianya diluluskan jawatankuasa pusat.

“Dakwaan itu mengarut dan langsung tidak berasas. Memang payah kalau pemimpin timbulkan masalah. Susah pemimpin ‘cirit birit’ mulut ini. Suruh dia berubat ‘cirit birit’ mulut dia dulu.

“Saya tidak faham dia boleh buat dakwaan begitu, sedangkan dalam mesyuarat PAS Pusat, semua sudah diberi penerangan.

“Tidak sepatutnya Khalid membangkitkan isu ini, apatah lagi dia ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Wakil Kelantan juga sudah beri penerangan pada PAS Pusat,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian.

Khalid semalam dilaporkan berkata, Hadi membelakangkan saf kepimpinan PAS berhubung rang undang-undang persendirian hudud di Dewan Rakyat.

Katanya, tindakan Hadi itu bukan saja menimbulkan salah faham di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) malah mengakibatkan DAP menghentikan kerjasama dengan Hadi.

“Mungkin tindakan presiden dibuat tanpa berunding dengan pemimpin lain (kerana) Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) pun tidak mengetahuinya.

“Kami pun tidak tahu… mungkin juga ada rundingan tetapi tidak menyeluruh… (timbang tara sendiri dalam hal ini) perkara ini mungkin kesuntukan masa kerana mahu mengejar tempoh 2 minggu itu (notis 14 hari),” kata Khalid dipetik akhbar itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana