SEBAB SEBENAR PAS MASIH BERGAYUT DENGAN DAP & PEMBANGKANG

Patutlah parti PAS begitu liat dan tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang walau pun Presiden dan parti itu dimaki caci dan dihina seperti sampah sarap oleh parti DAP.
Rupa-rupanya PAS takut pemergian mereka daripada Pakatan Pembangkang tidak akan dipujuk rayu oleh komponen lain dalam Pakatan Pembangkang. Tetapi sebaliknya disambut dengan rasa lega dan tepuk tangan terutamanya parti DAP.

Malah pemergian parti PAS itu tidak akan ditangisi kerana ianya akan cepat digantikan dengan klon ala-PAS yang diusahakan oleh PasMa!

Anda baca :

NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah ‘parti Islam’ bagi mengisi kekosongan PAS dalam pakatan.

“Banyak desakan untuk kita jadi parti politik dalam keadaan sekarang ini, jadi saya buat keputusan untuk buat kajian. seterusnya

Dan parti DAP sudah pasti bertepuk tangan dan menerima parti baru ini dengan gembiranya setelah kepimpinan tertinggi DAP gagal dalam 'perjuangan' mereka untuk menyakinkan PAS supaya mengugurkan Hudud.

Jika inilah sebabnya, parti PAS memang layak dipanggil kuda tunggangan parti DAP sampai bila-bila, selagi parti itu berada dalam Pakatan Pembangkang.

Kerana itu juga, segala kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya marah kepada parti DAP sebenarnya hanya sandiwara yang setaraf dengan maruah tahap sampah parti PAS sahaja.

Memang sungguh memalukan tetapi inilah yang ditanggung oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti PAS, selagi parti PAS masih lagi tidur sekatil dengan parti DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana