Saifuddin Nasution calon PKR di Permatang Pauh...?

Jika ikut PAS, penduduk Permatang Pauh tidak mahu lagi ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon mewakili mereka di kawasan tersebut.
Nama lain yang ada dan disebut-sebut adalah loyalis Anwar, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar tengah).

Bekas ADUN Lunas itu diketahui ramai setia dengan Anwar dan akan melakukan apa saja yang disuruh bosnya itu.

dalam pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan parti itu telah menyenarai pendek dua calon untuk bertanding pada PRK Permatang Pauh, 7 Mei ini.

"Pemilihan calon tersebut juga turut dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya dan juga berdasarkan konsensus parti.

"Calon yang dipilih akan diumumkan pada malam 24 April ini," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan pusat operasi parti itu di Taman Samagagah  Sabtu.

Wan Azizah disebut-sebut satu daripada dua calon yang disenarai pendek itu.

PAS sebelum ini memberitahu, tinjauan mereka terhadap kehendak penduduk Permatang Pauh mendapati rata-rata yang ditemui tidak mahu lagi calon Parlimen dari kalangan keluarga Anwar.

Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum meletak jawatan pada 2008 dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.

Anwar bertanding dalam PRK tersebut dan menang sebelum mengekalkannya pada PRU13 lalu.

Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas Anwar hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga beliau atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana