Ronnie Liu Penyambung Lidah Lim Kit Siang Serang Presiden PAS

Bekas Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew seolah-olah menjadi penyambung lidah Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila terus meneruskan melancarkan serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ronnie yang berjaya bangkit kembali berpengaruh dalam DAP Selangor menuduh Hadi sebagai pengkhianat tuduhan yang pernah dilemparkan Kit Siang sebelum ini.

“Hadi adalah pendusta. Beliau tidak mempunyai sebarang prinsip sebagai seorang pemimpin politik. Beliau telah mengecewakan semua penyokong Pakatan Rakyat.

“Beliau juga menyokong POTA ala ISA secara terbuka selepas tidak hadir mengundi di Parlimen. Beliau telah melemahkan PAS khasnya dan Pakatan amnya.

“Disebabkan Hadi, ramai pengundi kini menjadi tidak menentu terhadap Pakatan. Dengan Hadi sebagai pemimpin tertinggi PAS, PAS tidak lagi mempunyai masa depan. Dan menjejaskan peluang Pakatan menawan Putrajaya.

“Undurlah Hadi. Insaflah Hadi,”kata Ronnie dalam Facebooknya semalam.

Ronnie membuat gesaan itu ketika mengulas artikel FMT bertajuk “Hadi’s honour on the line as DAP counter-attacks.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana