"Ramai dalam Pakatan Rakyat takut dengan hudud sebab takut tak dapat undi, takut nak menang pilihan raya.

Azmin Ali hari ini menempelak kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaannya bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Azmin yang berang dengan kenyataan Hadi itu menegaskan, dasar bersama PR dalam hal ehwal keselamatan adalah jelas dengan memberi tumpuan terhadap isu lebih besar yang dihapai rakyat negara ini sekarang.

Pemerkasaan ekonomi, kebajikan dan sistem pendidikan adalah isu keselamatan sebenar rakyat Malaysia sekarang dan dasar bersama PR berhubung perkara ini adalah jelas," tegas Azmin merujuk kepada kenyataan Presiden Pas itu.

Hadi sebelum ini tampil membidas rakan sekutunya dalam PR dengan menyifatkan DAP dan PKR takut menyokong pelaksanaan hudud kerana bimbang akan kehilangan undi dalam pilihan raya akan datang.

Hadi berkata, disebabkan mereka mahukan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, mereka sanggup membidas rakan sekutu mereka sendiri demi kepentingan parti masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana