Pusing Pusing Situ Jugak...Anwar Jijah...Jijah Anwar....Lepas Anwar Bebas Letak Jawatan Plak

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
"Parti akan menentukan dan kami perlu mengadakan beberapa siri mesyuarat. Sekiranya nama saya dipilih sebagai calon, saya bertanding sekali lagi," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Khamis.

Kerusi Parlimen Permatan Pauh diisytihar kosong selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.
Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk  memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas beliau menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Menurut Dr Wan Azizah, pemilihan calon bagi kerusi Permatang Pauh juga bergantung kepada pilihan pengundi.

"Saya kenal mereka dan saya telah berkhidmat di kawasan tersebut sedikit masa dahulu namun saya terpaksa melepaskan kerusi berkenaan selepas Anwar dibebaskan daripada penjara," katanya.
Mengenai spekulasi anak perempuan keduanya, Nurul Nuha Anwar akan diletakkan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan, Dr Wan Azizah berkata perkara itu bergantung kepada keputusan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana