PRKPermatangPauh: Khutbah “Politik” Jumaat Buat Pengundi

Di saat Parti Islam Se Malaysia bertegas untuk memboikot calon Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Permatang Pauh sekiranya PKR masih berdegil untuk bersifat “anti-Hudud”, tamparan hebat diterima oleh PAS apabila khutbah Jumaat hari ini memperlihatkan ucapan yang sama sekali menentang keputusan parti tersebut.

Lebih mengejutkan, khutbah tersebut disampaikan oleh Ustaz Sobri Arshad , bekas calon PAS yang bertanding menentang mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas pada PRU 12 yang lalu.

Sindirannya terhadap keputusan PAS, ditujukan kepada “individu tertentu”, yang mana penulis yakini adalah Ustaz Yusni Mat Piah, YDP PAS Permatang Pauh. Hebatnya orang yang bijak menggunakan agama, dengan hujah Fiq Siasah, yang diterjemahkan dengan mengaitkan tentang keperluan menolak “kezaliman” pasti mampu mempengaruhi jemaah yang hadir. Penulis hanya mampu tersenyum, kerana sindiran dan kiasannya mampu penulis fahami.

Mungkin kerana berstatus “ustaz politik”, nada geram dalam ucapannya tidak lagi mampu dibendung, apabila beliau berterus terang di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Baru Perda , mengajak seluruh jemaah untuk setia dan mengundi Pakatan Rakyat, kerana kononnya perlu menolak “kezaliman” pemerintahan kerajaan.

Zalim sungguh kerajaan, kerana membina Hospital Seberang Jaya yang menjadi tempat beliau menerima rawatan setelah terbabit di dalam kemalangan jalan raya pada 2008.

Lebih lucu, beliau turut menyindir pihak yang ingin memboikot calon Pakatan Rakyat kononnya tidak faham akan maksud “wala'”. Apakah ianya bermaksud beliau taat kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana PAS Permatang Pauh setia dengan perjuangan Hudud dan golongan ulamak PAS!

Rupanya, penulis difahamkan, khutbah Jumaat untuk 2 Jumaat sepanjang musim pilihanraya kecil ini telah diberikan fokus khas oleh Exco Agama Pulau Pinang, Malik Kassim di mana khatib-khatib “tertentu” telah dijemput untuk menyampaikan khutbah khas di beberapa masjid sekitar Permatang Pauh.

Walau bagaimanapun, penulis tidak tahu samada khatib-khatib jemputan ini menerima sebarang bayaran atau tidak. Mungkin juga ini adalah kerja-kerja jihad “fisabillillah”. Waallahua’alam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana