PRK Rompin: Hasan berazam teruskan kecemerlangan Jamaluddin

MUADZAM SHAH: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin, 62, berazam untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis selaku bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Berucap selepas diumumkan calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Muadzam Shah sebentar tadi, Hasan berkata usaha dilakukan Jamaluddin di Parlimen Rompin amat besar sehingga memberi kesan besar pengundi di kawasan berkenaan.

"Kehilangan Allahyarham (Jamaluddin) secara tiba-tiba menimbulkan hiba dalam kalangan masyarakat di sini.

"Marilah kita rapatkan barisan di pelbagai peringkat, kemenangan saya tidak penting kerana paling penting adalah maruah BN. Kita harus pastikan BN terus menjadi harapan serta formula paling berkesan (untuk pembangunan)," katanya.

Hasan yang berasal dari Kampung Ayau, Leban Chondong pernah menjadi timbalan menteri besar dari 1995 sehingga 1999. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tioman dan Bukit Ibam selama empat penggal bermula 1990.

PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei manakala hari penamaan calon Rabu depan.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 Mei lalu.

Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana