PRK Pmtg Pauh: Tiga faktor janji kemenangan BN...Janji DiKotakan

Barisan Nasional, (BN) mampu merampas kerusi parlimen Permatang Pauh bersandarkan kepada tiga faktor iaitu jenteranya, calonnya dan pengalaman 17 tahun penduduk kawasan itu dipimpin pembangkang.

Penyelaras Pilihan Raya Kecil, (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu melancarkan ZJentera Jalinan Rakyat Wanita BN di Politeknik Seberang Prai berkata, jentera pilihanraya kerajaan sentiasa kemas dan tersusun lantaran adanya tulang belakang yang kuat iaitu Wanita UMNO/BN.

Tidak pernah dalam mana-mana PRK dan Pilihan Raya Umum, (PRU) sebelum ini yang menyaksikan kesatuan dan perpaduan yang dibawa jentera BN dan UMNO sepertimana di Permatang Pauh kali ini.

Beliau katanya, dapat merasai keyakinan yang dibawa itu lantaran sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan negeri suatu waktu dahulu malah kini merasakan denyutan itu di Permatang Pauh.

Menurut Zahid, Suhaimi sebagai calon BN juga tambah meyakinkan beliau lantaran ibu pejabat UMNO Permatang WANITA L LGPauh sendiri menyedari bakal kerugian di alami jika tidak memberi peluang kepada Suhaimi yang dikenal pasti sebagai calon serba boleh.

Menurut Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Said beliau sendiri mengajak Suhaimi ke Kuala Lumpur namun tidak memberitahu sebabnya sehinggalah berada di Kuala Lumpur untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Suhaimi katanya, hanya mampu ketawa dalam gementar sewaktu dimaklumkan beliau dipilih menjadi calon BN di Permatang Pauh.

Selain itu, hakikat bahawa Ketua Bahagian Permatang Pauh sendiri memberi laluan kepada orang kanannya sebagai calon tidak seperti Ketua Bahagian lain sudah cukup jelas akan kredibiliti Suhaimi.

Akhirnya, Zahid menegaskan bahawa Suhaimi akan melakarkan sejarah baru di Permatang Pauh lantaran WANITA RAMEkefahaman pengundi kawasan itu yang sedar bahawa mereka dinafikan aktiviti pembangunan setempat oleh pembangkang sejak tempoh 17 tahun lalu, dengan 3 PRK dan 4 PRU yang berlalu tanpa faedah.

Zahid turut melontar pertanyaan kepada pengundi setempat berhubung kehidupan mereka yang tidak menikmati arus pembangunan selama dipimpin pembangkang.

Menurutnya, Perdana Menteri sudah berjanji akan membantu Suhaimi untuk membawa pembangunan bermakna kepada penduduk di Permatang Pauh.

Beliau juga sempat berpesan kepada Suhaimi agar bersikap mudah dan sentiasa tersenyum apabila bertemu dengan rakyat selain tidak bertukar sikap selepas mencapai kejayaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana