POTA: Majlis Peguam kena bersikap terbuka...Pelik Plak Majlis Peguam Pun Takut

BANGI, 7 April – Tindakan Majlis Peguam yang mengecam Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 sebagai undang-undang menindas boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada kerajaan dan juga penggubal undang-undang di negara ini.

Aktivis I-Peguam, Muhammad Akmal Abdul Ghani, berkata seharusnya Majlis Peguam bersikap objektif dan lebih terbuka sebelum memberikan sebarang komen.

“Sepertimana semua undang-undang baru, pasti ada beberapa ruang yang boleh lagi diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Pota 2015 merupakan satu langkah kerajaan untuk menangani pelbagai masalah yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam negara kita.

“Jadi seharusnya Majlis Peguam perlu memberi ruang untuk kerajaan membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menggalas amanah tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, berkata POTA 2015 memalukan kerana mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Ordinan Darurat 1969 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2011 dan 2012.

Majlis Peguam turut mengecam ia sebagai undang-undang yang menindas dan menghina keluhuran undang-undang.

Akmal berkata, tidak ada isu melanggar, menindas atau menghina keluhuran Perlembagaan bahkan dengan adanya POTA 2015, lima Rukun Negara akan lebih terpelihara.

“Saya menyokong jika undang-undang baru ini dapat menggantikan ISA dan jika ia terbukti lebih cekap untuk menangani permasalahan yang sebelum ini ISA tidak dapat selesaikan.

“Jika kita lihat, negara seperti Amerika juga mengguna pakai Patriot Act yang juga bersifat seperti ISA/Pota 2015.

“Mereka mengambil langkah pencegahan (preventive measure) untuk menghalang isu-isu sensitif daripada disentuh.

“Semua ini untuk memastikan keharmonian negara dan juga memastikan kerajaan dapat beroperasi seperti biasa.

“Hatta di Australia juga pada tahun 1994 melaksanakan indifenite detention (penahanan tanpa had) dan 2004, Mahkamah Tinggi Australia memutuskan bahawa indefinite detention adalah sah, dengan tujuan yang jelas iaitu keselamatan negara,” ulasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana