PM, Tun M Dah Bersemuka Semoga Perhubungan Mesra Dulu Kini Dan Selama Lamanya...Aamiin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran kerajaan hari ini.

Malah Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC),Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, beberapa wakil rakyat parti itu juga telah mengadakan pertemuan segera dengan Dr Mahathir berhubung isu berkenaan.

"Kami sendiri sudah bersemuka dengan Tun Mahathir malah Perdana Menteri sendiri sudah berbuat demikian.

“Saya pernah tanya Perdana Menteri (hasil pertemuan), beliau kata Tun Mahathir hot and cold,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Sejak minggu lalu, Dr Mahathir secara agresif mengkritik pentadbiran Najib, malah secara konsisten memberi tekanan supaya Perdana Menteri meletak jawatan.

Dr Mahathir juga meramalkan BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sekiranya parti itu dan Umno masih diterajui Najib.

Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu juga membangkitkan beberapa isu kontroversi yang menyelubungi pentadbiran Najib, termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berpandangan bahawa wakil rakyat BN perlu mempertahankan pentadbiran Najib daripada terus ‘diserang’ secara terbuka.

"Tetapi kali ini keadaan berbeza kerana sudah masuk secara terbuka. Kami rasa kalau sayangkan parti, bukan ini caranya.

"Kalau kita diam saja takkan bawa kesudahan, sebab itu sebagai Ahli Parlimen kita bukan sokong buta tuli kerana kami sudah lihat perubahan dibawa Perdana Menteri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana