PKR tidak akan layan desakan DPP...Itu Pun PAS Masih Terima Lagi

PENANTI: PKR tidak akan melayan sebarang desakan dikemukakan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang untuk menarik balik kenyataan berhubung parti Islam itu dan hudud. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya hanya akan berpegang pada ketetapan dilakukan PAS Pusat. Sebaliknya, beliau berkata, PKR akan mengetepikan sebarang suara kepemimpinan yang tidak selari dengan keputusan PAS Pusat.

 "Peringkat PAS Pusat sendiri sudah menyatakan pendirian untuk menyokong calon dikemukakan PKR. "Justeru, tidak timbul isu untuk memenuhi sebarang permintaan daripada kepemimpinan DPP negeri atau kawasan hanya untuk mendapatkan kerjasama mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan DPP Pulau Pinang dan DPP Permatang Pauh yang tidak senada dengan PAS Pusat, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana