PKR MAKIN SUSAH HATI, PAS PERMATANG PAUH DAH BAGI 'HINT' KURANG MEMBERANGSANGKAN!!!

Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, Salleh Man berkata, dia sendiri tak dapat menahan atau menghalang tindakan ahli-ahli AS menggantung atau menaikkan papan tanda yang menyatakan sokongan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan hukum hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini dengan bantuan kesemua ADUN UMNO-BN.

Walaupun menafikan papan tanda tersebut dinaikkan oleh PAS Kawasan Kubang Semang, namun dia tidak menolak, papan tanda itu adalah suara akar umbi PAS yang terkesan kerana kecaman PKR dan DAP ke atas PAS selepas hudud yang diperjuangkan oleh PAS semenjak sekian lama mula menampakkan jalan positif.

Sehubungan itu, PKR bakal kehilangan undi sekurang-kurangnya 5,000 undi yang kebanyakannya datang daripada ahli-ahli PAS sekiranya PRK Permatang Pauh diadakan dalam masa terdekat ekoran timbulnya beberapa isu panas membabitkan pergeseran dan permusuhan yang ditunjukkan oleh DAP-PKR dengan PAS.

Bendahari PAS Negeri, Iszuree Ibrahim pula berkata, kecaman yang diterima PAS akan menyebabkan ahli-ahli PAS Permatang Pauh berubah hati dan tidak akan memberi undi kepada PKR.

Iszuree Ibrahim mengkritik keras dasar-dasar pentadbiran Lim Guan Eng yang menzalimi umat Islam dan merampas tanah umat Islam di Pulau Pinang. Tindakannya itu kemudian dibalas dengan perlucutan jawatannya dalam MPPP dengan alasan, Iszuree tidak berfungsi sebagai Ahli Majlis. Beberapa pihak mengarahkan agar Iszuree Ibrahim memohon maaf kepada Lim Guan Eng dan turut mengqiyaskan kepada kejadian seorang ulama Mesir, Abu Muhammad Izzuddin Abdul Aziz yang kemudiannya mencium tangan Gabenor Mesir yang dikritiknya dan diberikan semula jawatan Mufti Mesir.

Isyarat-isyarat yang diberikan oleh PAS Pulau Pinang, nampaknya tidak begitu menyenangkan. Sekalipun PKR cuba melakukan pemerdayaan dengan menunjukkan sedikit kelembutan berbanding DAP, namun PKR yang mudah dikenali menerusi sikap lidah bercabang, akhirnya diketahui hanya berbuat begitu untuk melepaskan tengkuk. Hakikatnya, seperti yang ditegaskan secara berkias oleh Presiden PKR dan Timbalannya, Azmin Ali, PAS ditentang dan kehendak DAP agar Abdul Hadi Awang dan Haron Din Al-Hafiz diterajang turun daripada jawatan Presiden serta Mursyidul Am PAS, bagi membolehkan PKR memberikan sokongan kepada PAS, meskipun dalam dunia sebenar, PAS yang banyak memberikan bantuan kepada PKR!!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana