Pertembungan PAS - PKR di Permatang Pauh pasal keluarga Anwar...DAP cuci tangan

Sembanglah dengan mana orang politik sekalipun bila sebut bab mengundi masa pilihanraya kecil semua tahu itu adalah kuasa mutlak orang di kawasan itu.

Mungkin atas sebab ini DAP nampak tidak berani tunjuk garang dalam bab siapa nak dipilih sebagai calon di kerusi yang kini milik PKR pada pilihanraya kecil Permatang Pauhpada 7 Mei ini.
Semua orang tertunggu-tunggu untuk dengar reaksi menyengat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ekoran kenyataan Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad.

Orang kuat PAS kawasan berkenaan itu dakwa sentimen akar umbi di Permatang Pauh tidak mahu keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon dalam pilihanraya kecil kali ini.

Mengikut anggaran terdapat sekitar 6,000 pengundi yang merupakan penyokong tegar PAS di kawasan Permatang Pauh.

Salah satu dari tiga kawasan Dewan Undangan negeri di Permatang Pauh iaitu Permatang Pasir kini diwakili oleh Datuk Salleh Man dari PAS.

Cakap-cakap mengenai sentimen itu sudah kedengaran hangat berlegar dan kenyataan Jamsari seolah mengesahkan hal berkenaan.

Selain Wan Azizah sendiri,sebelum ini antara yang hendak ditonjolkan jadi calon ialah anak perempuan Anwar yakni Nurul Nuha.

Namun Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampak macam nak 'cuci tangan' dalam polimek yang sensitif ini menjelang penamaan calon pilihanraya kecil itu pada 25 April ini.

Permatang Pauh terletak dalam negeri diperintah Pakatan yang diterajui DAP.Kedudukanya sebelah dengan Parlimen Bagan yang kini diwakili Guan Eng sendiri.

Beliau sebaliknya minta PKR berbincang dengan PAS mengenai siapa calon Pakatan di kerusi tersebut.

"Saya fikir PKR akan tentukan sama ada ini adalah pendirian rasmi PAS atau tidak. Biar PKR selesaikannya. Calon belum diumumkan lagi, jadi tunggulah, " kata Guan Eng mengulas isu penolakan keluarga Anwar di Permatang Pauh.

Manakala bagi Wan Azizah pulak, bantahan PAS kawasan tersebut cuba diselindungi dengan mengatakan PKR akan tetap bertanding atas alasan parti tersebut masih menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.

“Kami telah melancarkan jentera pilihan raya dan mendapati semua berkeadaan baik.

“Ini dapat dilihat menerusi kehadiran pemimpin dan Exco daripada Selangor dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai calon PKR dalam PRK tersebut, Wan Azizah enggan mendedahkan nama yang akan bertanding.

“Kita akan maklumkan perkara ini nanti,” katanya ringkas.

Dalam pada itu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki memberi jaminan PAS akan menyokong PKR di Permatang Pauh.

"PAS memberi sokongan kepada PKR bagi berdepan dengan PRK Permatang Pauh. Kita telah memutuskan PAS Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis akan terlibat membantu PKR di sana," katanya.

Apapun ada pemerhati yang melihat kenyataan Dr Zuhdi itu masih terlalu umum dan belum ambil kira faktor siapa calon.

Senario dikatakan mungkin berubah jika misalnya calon yang ditampil adalah dari keluarga Anwar juga.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, yang menolak petisyen pengampunan pada Yang Dipertuan Agong yang dipohon oleh keluarga Anwar
Ia sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana