Permatang Pauh...ada orang di Sungai Buloh nak kirim salam....Kah.Kah

'Kak Wan for Permatang Pauh'.Poster kecil ini terpacak tepi sebuah kedai tomyam yang terletak tidak jauh dari IKBN,Bukit Mertajam yang menjadi pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh pagi Sabtu.

Disepanjang jalan itu juga para penyokong Pakatan berkumpul selepas mengiringi Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menyerahkan borang pencalonan bersama tiga calon lain termasuk Suhaimi Sabudin yang akan berentap dalam pilihanraya kecil itu.

'Pilihanraya kecil ini satu saja yang saya ingin ingatkan kepada semua...ingatlah pada Anwar,ingatlah pengorbanan beliau'.

Itu antara mesej utama Wan Azizah kepada mereka di situ sewaktu berucap ringkas selepas selesai proses penamaan calon.

Mesej itu selari dengan gambar di poster kecil itu dan gambar Anwar yang besar terpampang dalam dewan di Seberang Jaya Jumaat malam ketika nama beliau diumumkan sebagai calon.

Dalam usaha untuk meraih simpati Wan Azizah kata sokongan kepadanya adalah sebagai memperingati pergorbanan Anwar yang kini kena merengkok lima tahun dalam penjara.

Memang bahagia dapat jadi seorang isteri macam Wan Azizah.Suami bersalah melakukan satu kemungkaran besar yang sangat keji MELIWAT semua orang boleh diajak 'balas dendam' sebagai memperingati 'pengorbanan' suaminya keatas hukuman yang dikenakan.

Dari semua sudut hukum akal ini adalah satu jenaka besar dimana perbuatan meliwat boleh disaluti dengan minyak wangi dan dipersembahkan kepada orang Permatang Pauh.
Jangan kata para hakim yang cukup arif di Mahkamah Persekutuan buat keputusan malah Mahkamah Dunia sekalipun akan diperlekeh sebegitu rupa atas nama politik.

Mungkin ada banyak isu tempatan dan negara yang akan diperdebatkan sepanjang kempen yang akan berlangsung hingga hari memangkah pada 7 Mei,namun ramai pemerhati yang melihat Permatang Pauh adalah medan PKR untuk ' mengsucikan' Anwar dari kemungkaran yang dilakukan.

Atas sebab itu tidak perlu nak garu kepala dan buat analisa yang berjela-jela mengapa Wan Azizah tetap di pilih sebagai calon sekalipun pernah bagi alasan lepas jawatan Ahli Parlimen kawasan itu untuk memberi laluan Anwar kembali ke situ lepas pilihanraya umum 2008 kerana nak jaga cucu.


Kalau orang tanya parti politik apakah yang paling mudah nak 'dibaca' gerak langkahnya....jawabnya tidak lain tidak bukan ialah PKR kerana ia sudah termeteri sebagai parti tokok mereka dan keluarga mereka.

Ingat balik masa Langkah Kajang untuk singkir Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar.

Teka teki awal ialah calonnya pada pilihanraya kecil DUN Kajang nanti?

Setelah main sikit wayang..akhirnya terjawab Anwar yang berhajat hendak mengisi kekosongan di situ.

Bila tak boleh bertanding kerana didapati bersalah kerana kes liwat oleh Mahkamah Rayuan sekali lagi teka teka timbul siapa calon penganti.

Jawapannya kemudian seperti semua sedia maklum ialah Wan Azizah.

Kemudian timbul pula soalan siapa yang hendak ditonjolkan sebagai Menteri Besar Selangor...jawapanya ialah Wan Azizah juga.

Cuma setelah namanya ditolak oleh Istana Selangor....baru Azmin Ali dapat merasa duduk di kerusi yang asalnya menjadi idaman Anwar.

Begitu juga di Permatang Pauh.Jenuh semua orang berteka teki hingga ke saat akhir malam sebelum penamaan calon.

Berbagai nama muncul termasuk Saifuddin Nasution dan Yusmadi Yusof.


Namun akhirnya jawabnya tetap Wan Azizah.

Tolak sebelah DAP yang terus main game politik ikut rentak PKR,bukan rahsia lagi ramai dikalangan orang PAS di Permatang Pauh awal-awal lagi sudah sampaikan mesej tidak mahu isteri Anwar jadi calon situ.

Namun 'suara' dari Penjara Sungai Buloh nampaknya terus ada the final say.

Bukan orang lain yang cakap.Wan Azizah sendiri memberitahu pada malam pengumuman namanya sebagai calon bahawa beliau mengadap untuk mendapatkan ' amanat' dari suaminya dulu di penjara pada sebelah siangnya.

Mungkin dengan bertegas mahu kitar semula isterinya di Permatang Pauh hajatnya untuk kirim salam ke dunia luar agar jangan lupa ' pengorbanannya' dihukum penjara kerana sendiri bikin hal akan kuat bergema.

Permatang Pauh memang kubu kuat Pakatan.Jadi apa susah nak buai laju-laju sampai balik sana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana