Permatang Pauh: Wan Azizah lagi...Habis Dikajang...Apa Cerita Plak..Tamak Haloba

PAS tidak bersetuju sekiranya PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Tidak sahaja Dr Wan, anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ditentang sekiranya dicalonkan.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas bahagian berkenaan, Jamsari Samad parti Islam itu tidak akan membantu kempen sekiranya Presiden PKR itu dicalonkan.

Bagi sesetengah orang Azizah berkebolehan dan telah membuktikan keupayaan untuk menang pada beberapa pilihan raya yang disertai sebelum ini. Beliau dulu pun menang besar ketika bertanding di Permatang Pauh.

Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, termasuk dalam kalangan PKR sendiri, ada ramai lagi orang yang juga layak untuk dicalonkan pada kawasan yang dianggap kubu kuat PR itu. Mereka bertanya, kenapa asyik Dr Wan Azizah? Berilah peluang kepada orang lain untuk menjadi YB!

Semua orang tahu PR retak berhubung isu hudud. DAP sudah menyatakan tidak sebulu dengan Pas. Sekiranya PKR mencalonkan isteri Anwar, dan Pas memboikot kempen pada PRK berkenaan, ada kemungkinan pakatan tiga sekawan itu akan menjadi bertambah retak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana