Permatang Pauh Dah Muak PKR Lebihkan Parti Dari Rakyat

KUALA LUMPUR 13 April - Mainan politik PKR yang memperlihatkan kepentingan parti melebihi rakyat menyebabkan pengundi semakin muak dengan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah Datuk othman Aziz berkata, ianya berikutan rakyat Permatang Pauh sudah serik dengan pertukaran pemimpin parlimen tersebut yang silih berganti dari kalangan sama.

“Dulu Wan Azizah letak jawatan, gantikan pada Anwar, sekarang ada ura-ura nak letak Wan Azizah balik, atau mungkin anaknya, mereka ingat kawasan parlimen ni tempat main-mainkah sehingga kepentingan rakyat tidak dijaga dengan baik ?” katanya lapor BNBBC.

Jelas Othman yang juga merupakan ahli parlimen Jerlun, perkara tersebut memberi kelebihan buat BN untuk merampas kerusi di kawasan tersebut sekaligus meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

“Kalau macam ni tindakan PKR, BN ada potensi yang lebih baik berbanding sebelum ni sebab rakyat dah penat dengan permainan mereka sampai sekarang ni,” katanya.

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mencerminkan keadaan sebenar di Permatang Pauh berkata sudah tiba kawasan tersebut memerlukan pembangunan yang lebih maju.

Tambahnya lagi, kawasan tersebut bukan sebuah ‘syarikat sendirian berhad’, tetapi kawasan yang memerlukan seorang ahli Parlimen yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduknya.

“Rakyat sekarang dah boleh berfikir apa yang mereka mahukan, sebab bukan perkara sebegini yang mereka inginkan.

“Jadi, ini akan menambah lagi kekuatan untuk BN untuk merampas kawasan Permatang Pauh,” tambah Othman lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana