Permatang Pauh: Anwar dan ahli keluarganya sedap... rakyat terabai

Permatang Pauh memang kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi itu kisah dulu, ketika semangat dan simpati terhadapnya begitu tinggi kerana rata-rata percaya Anwar dizalimi.
2015 keadaan sudah berubah, rakyat di kawasan itu sedar bahawa ahli parlimen mereka dipenjara kerana jenayahnya sendiri, bukan konspirasi atau dizalimi.

17 tahun lamanya kawasan parlimen Permatang Pauh terabai selepas ahli parlimennya samada Anwar atau isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergelut dengan politik di Kuala Lumpur.

Anwar adalah MP Permatang Pauh sebelum hilang kelayakan, Wan Azizah ADUN Kajang dan anak sulung mereka Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kalau rajin kira gaji dan elaun mereka anak beranak saja sudah pasti cecah puluhan ribu setiap bulan.

Sebab itu, bagi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu menyedari kebajikan mereka telah diabaikan selama ini dan kini adalah masa untuk mengubahnya.

Beliau berkata pengundi di kawasan parlimen itu yang akan mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) 7 Mei depan perlu menolak isu yang tidak membawa sebarang kepentingan kepada mereka.

"Saya berharap rakyat di Parlimen Permatang Pauh akan dapat melihat tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen adalah mendahulukan rakyat di kawasannya... itu adalah kewajipan mereka," katanya Selasa.

UMNO Kedah, katanya, akan berusaha gigih dalam meyakinkan pengundi di Permatang Pauh supaya menolak isu yang tidak membawa sebarang faedah kepada mereka.

Kata Mukhriz, memandangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan 'underdog' pada PRK Permatang Pauh, pendekatan yang digunakan haruslah berbeza berbanding PRK Parlimen Rompin.

Beliau berkata reaksi PAS pada PRK Permatang Pauh juga menarik untuk dilihat terutama sekali selepas rakan-rakan 'Tahaluf Siyasinya (kerjasama politik)', PKR dan DAP, menolak bulat-bulat cadangannya untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Persoalannya, adakah PAS akan bersama-sama PKR dan DAP di Permatang Pauh.

"Saya hendak tengok keikhlasan PAS. Apabila Hudud yang diperjuangkannya ditolak oleh rakan-rakan pembangkang, adakah mereka terus membekalkan tukang-tukang kempen," kata Mukhriz.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said selepas 17 tahun pakatan pembangkang mengambil alih kerusi tersebut.

Ujarnya pembangunan terhenti sejurus selepas Anwar disingkirkan daripada BN selepas dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa pada tahun 1999.

"Pembangunan oleh kerajaan Persekutuan ataupun negeri dalam tempoh 17 tahun ini di bawah ahli parlimen Pakatan memang telah terberhenti.

"Maksud saya sepanjang 17 tahun tiada satu pun pembangunan baru yang berlaku di Permatang Pauh, yang ada ni semua sedia ada sebelum atau pada ketika ahli parlimen waktu itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO yang membangunkan Permatang Pauh.

"Selepas itu tiada pembangunan baru kecuali daripada pihak swasta, taman-taman perumahan baru dan sebagainya," katanya.

Menyentuh mengenai peluang pekerjaan di Permatang Pauh, ujarnya perkara itu tidak menimbulkan masalah kerana kawasan itu berhampiran dengan tempat perindustrian.

"Kalau ikut Permatang Pauh ni adalah satu kawasan pinggir industri jadi soal pekerjaan bukan satu isu berat. Peluang pekerjaan itu memang ada di sana daripada dulu kerana berdekatan dengan dengan industri Prai dan Mak Mandin, hanya bersebelah sahaja dengan kawasan industri.

Namun tahap kemiskinan di Permatang Pauh masih tinggi dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng gagal membantu rakyat miskin sehingga mereka sering meminta bantuan daripada UMNO.

Katanya lagi kerajaan negeri ada menyediakan bantuan tetapi ia tidak mencukupi, seperti Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan OKU peruntukan hanya diberikan RM100 setahun sekali.

Begitu juga dengan Program Skim Pelajar Emas, setiap pelajar Sekolah Rendah (Darjah 1 & 4) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4) yang bersekolah di Pulau Pinang yang didaftarkan hanya menerima wang sebanyak RM100 sekali sahaja.

"Tetapi isu kemiskinan memang ada, disebabkan kawasan-kawasan setempat tanah-tanah pertanian yang makin berkurangan, kemudahan pembiyaan dan sebagainya yang agak kurang membantu orang Permatang Pauh menyebabkan segelintir masyarakat yang hidup dalam keadaan agak susah.

"Jadi selama ni kita di peringkat UMNO Bahagian yang membantu orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

"Dengan macam-macam program yang kita buat secara berkala atau pada musim-musim tertentu, kita ambil alih jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh ini untuk membantu dalam soal kemiskinan ini," katanya.

Apatah lagi menurut beliau, ahli parlimen kawasan berkenaan sebelum ini sukar ditemui bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan kerana Anwar jarang turun padang bertemu rakyat.

"Sebab ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar ni tak tinggal di sana. Bukan setakat tak tinggal di sana, beliau juga jarang balik ke sana.

"Jadi saya rasa dalam hati orang-orang miskin Permatang Pauh ni apabila mereka nak minta bantuan, pertolongan dan sebagainya akan ke pejabat UMNO

"Sebab mereka tahu memang tak akan dapat temui Anwar dalam keadaan kesibukan Anwar ke sana sini dan tak mempedulikan urusan dalam Permatang Pauh," katanya.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen selepas petisyen pengampunan diraja terhadap hukuman penjara atas kesalahan meliwat yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari mengundi PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana