Perlu Kah Kita Lakukan DI Depan UMUM!!!! Johan cetus kontroversi cium Ozlynn di khalayak

KUALA LUMPUR: Tindakan Johan Raja Lawak mencium isterinya, Ozlynn Wati di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.

Malah, ramai berpendapat ia tidak sopan dilakukan di khalayak ramai tambahan pula ia turut ditonton oleh jutaan penonton pelbagai peringkat usia menerusi siaran langsung yang disiarkan di TV3.

Bagaimanapun, Johan tampil mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan bahawa insiden dia mencium bibir isterinya bukan satu kesalahan.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, menjelaskan kucupan mesra itu sebagai tanda dia menghargai wanita berkenaan yang sentiasa berada di sisinya selain ingin berkongsi kegembiraan.

"Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalah kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah.

"Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama," katanya.

Pada Acara yang berlangsung di Arena of Star, Genting Highlands, Pahang itu, pelakon Shaheizy Sam merangkul trofi utama iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 2014.

Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat namun dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

Jelas Johan, dia tidak dapat menutup mulut pihak lain daripada bercakap mengenai perkara itu kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah.

"Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami-isteri yang sah. Saya tidak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata," jelasnya.

Sementara itu, Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman dipetik Free Malaysia Today berkata secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan.

Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.

“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana