Penolakan PAS kawasan terhadap Mat Sabu dan Anwarinas semakin ketara

Mungkin ini isyarat awal kepada golongan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) dalam PAS bahawa mereka akan ditolak dalam pemilihan parti itu kali ini.
Ini selepas lima lagi PAS kawasan menolak Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden dengan mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan mereka.

Mat Sabu sebelum ini dipilih menjadi timbalan presiden PAS selama dua penggal.

Lebih mengejutkan PAS Batu Kawan tidak mencalonkan Mohamad selaku pesuruhjaya Pulau Pinang bertanding dalam jawatan tertinggi itu.

Selain itu, PAS kawasan Jerlun, Merbok dan Hulu Terengganu mencalonkan Tuan Ibrahim selaku naib presiden PAS kini, untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala PAS Lenggong turut mencalonkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang bertanding jawatan timbalan presiden.

Kelima-lima kawasan itu mencalonkan supaya beliau digandingkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Untuk rekod beberapa tokoh utama Anwarinas dalam PAS sudah kecundang di peringkat kawasan samada kalah bertanding atau langsung tidak bertanding seperti Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka Adli Zahari yang kalah mempertahankan jawatan YDP PAS Alor Gajah.

Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun.

Sebanyak 191 kawasan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana