Pengawal keselamatan bank mengamuk, bunuh seorang pegawai

JOHOR BAHRU 17 April - Seorang pegawai lelaki sebuah bank di Taman Molek di sini maut, manakala seorang lagi wanita yang juga rakan sekerjanya cedera selepas pengawal keselamatan bank berkenaan mengamuk dan menikam mangsa hingga mati hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, mangsa berusia 33 tahun maut akibat ditikam di bahagian leher dan muka, manakala rakannya berusia 50-an hanya mengalami kecederaan selepas terkena libasan pisau yang digunakan suspek.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, suspek berusia 30-an yang tidak melarikan diri ditahan di lokasi kejadian dan pihaknya menemukan pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana