Penduduk Permatang Pauh tidak mahu keluarga Anwar jadi calon - PAS

Sentimen akar umbi di Permatang Pauh tidak mahu keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon dalam pilihanraya kecil di situ, kata Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad.
Selain itu, beliau memberi amaran supaya PKR tidak berkempen isu hudud dalam pilihanraya yang akan diadakan pada 25 April hingga 7 Mei ini.

"Ini adalah kesimpulan kami berdasarkan sentimen akar umbi. Kita tahu bahawa memilih calon adalah pregogatif PKR, tetapi secara umumnya rakyat di sini tidak mahu Dr Wan Azizah atau mana-mana ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

"Jika PKR tidak mahu membuat kecoh di sini, ia juga perlu memberitahu kepada penceramah supaya tidak membincangkan isu hudud kerana ia sesuatu yang suci bagi orang di sini," katanya seperti yang dilaporkan The Star Rabu.

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat.

Kekosongan kerusi parlimen itu berikutan petisyen Anwar untuk pengampunan diraja ditolak baru-baru ini.

Anwar pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1983 sehingga 1999 di bawah Barisan Nasional dan dari 2008 sehingga Anwar hilang kelayakan di bawah PKR.

Wan Azizah bertanding dan menang kerusi Permatang Pauh pada 199 selepas kekosongan kerusi parlimen itu yang disebabkan Anwar dipenjara kerana salah guna kuasa.

Wan Azizah melepaskan kerusi itu pada 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar.

Pada 2008, sewaktu perletakan jawatan Azizah beberapa bulan selepas memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga, beliau menyatakan pengunduran itu bagi menjaga cucu-cucunya.

"Adalah sukar untuk menentukan sama ada Wan Azizh akan menang sekiranya PKR mahu mencalonkannya sekali lagi," kata Jamsari.

Sentimen yang sama turut dikongsi Pemuda PAS Permatang Pauh yang mendakwa, kebiadaban PKR terhadap parti itu termasuk mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan hukum hudud bakal memberi masalah kepada parti tersebut.

Menurut kenyataan yang disiarkan dalam facebook mereka, PKR telah berulang kali mengeluarkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud sedangkan demografi pengundi di Permatang Pauh majoritinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan agama di sekolah-sekolah pondok.

"Kuliah mereka di Permatang Pauh telah mendidik penduduk tentang fundamental Islam yang menolak hudud.

"Padah hukumnya kerana pengundi yang bijak akan bertindak dalam PRK Parlimen Permatang Pauh nanti,".

Kenyataan itu juga mengingatkan PKR bahawa kemenangan selesa parti tersebut selama ini adalah kerana sokongan padu yang diberikan ahli PAS.

"Anwar menang dalam PRU13 dengan majoriti 11,721 undi dan jika dirujuk kepada keputusan rasmi membabitkan DUN Seberang Jaya dan Penanti, PKR hanya menang dengan majoriti 4,798 sedangkan PAS menang di DUN Permatang Pasir dengan majoriti 6,826 undi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana