Pemuda PAS Pulau Pinang tetap boikot kempen PKR di Permatang Pauh

Walaupun PAS Permatang Pauh dah 'kendur' kena pujuk dengan PKR... namun Pemuda PAS Pulau Pinang kekal dengan pendirian untuk memboikot jentera PKR bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memenuhi desakan pihaknya untuk menarik balik kenyataan berhubung PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta hudud.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya tidak akan melakukan perubahan pendirian seperti dilakukan PAS Permatang Pauh.

"Kami akan tetap boikot jentera PKR bagi PRK ini dan akan berjuang sehingga AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kini kembali menyokong calon PKR selepas memberi kata dua kepada parti itu sebelum ini.

Pusingan U itu mungkin berpunca daripada kompromi yang dicapai hasil pertemuan malam semalam antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan PAS Permatang Pauh.

Sebelum ini, BH melaporkan, PAS Permatang Pauh dilihat seperti terpaksa menyokong jentera PKR sepanjang tempoh berkempen nanti.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan, ketika ditemui kelihatan kurang selesa untuk menghadiri proses penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) apabila semua tuntutan dikemukakan pihaknya tidak dilayan PKR.

Omar berkata, pihaknya diarah untuk mengumpulkan ahli PAS Permatang Pauh dan memberi penjelasan berhubung tindakan pusingan U di saat akhir itu.

"Malam ini kami akan bermesyuarat dengan seluruh ahli PAS Permatang Pauh mengenai perkara ini," katanya.

PAS Permatang Pauh, sebelum ini memberi kata dua kepada PKR untuk menarik balik kenyataan berhubung hudud dan membuat permohonan maaf atau pihaknya akan memboikot jentera PKR bagi PRK Parlimen itu nanti.

Selain itu, PAS Permatang Pauh turut menjanjikan 'kejutan' kepada PKR, sekiranya parti itu gagal memenuhi desakan dikemukakan parti Islam itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, masih kekal dengan pendirian bahawa tidak timbul isu untuk menarik balik kenyataan berhubung hudud seperti didesak PAS Permatang Pauh.

Katanya, pihaknya sudah membuat perjumpaan tertutup bersama kepimpinan PAS kawasan itu bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut, Sabtu.

"Kami sudah berbincang dan kedua-dua pihak sudah berpuas hati dengan keputusan itu.

Justeru, saya anggap perkara ini sudah selesai," katanya. Mengulas kemungkinan berlaku sabotaj terhadap calon PKR, Azmin berkata, beliau percaya perkara itu tidak akan berlaku kerana keseluruhan jentera pakatan pembangkang menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertanding pada PRK Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana