PEMUDA PAS BANGKIT BERSUARA.....INGATKAN PKR MENANG PERMATANG PAUH SEBAB UNDI MEREKA !!

Perang dingin membabitkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tercetus apabila Pemuda Pas kawasan itu secara terbuka mengingatkan 'rakan' mereka tentang punca kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi ber-kenaan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini, Pemuda Pas Permatang Pauh mendakwa, kebiadaban PKR terhadap parti itu termasuk mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan hukum hudud bakal memberi masalah kepada parti tersebut.

Katanya, PKR telah berulang kali mengeluarkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud sedangkan demografi pengundi di Permatang Pauh majoritinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan agama di sekolah-sekolah pondok.

"Kuliah mereka di Permatang Pauh telah mendidik penduduk tentang fundamental Islam yang menolak hudud.

"Padah hukumnya kerana pengundi yang bijak akan bertindak dalam PRK Parlimen Permatang Pauh nanti," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga mengingatkan PKR bahawa kemenangan selesa parti tersebut selama ini adalah kerana sokongan padu yang diberikan ahli Pas.

"Anwar menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan majoriti 11,721 undi dan jika dirujuk kepada keputusan rasmi membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dan Penanti, PKR hanya menang dengan majoriti 4,798 sedangkan Pas menang di DUN Permatang Pasir dengan majoriti 6,826 undi," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, PKR ketika ini turut mengalami kemusnahan selepas Langkah Kajang yang disifatkan tidak begitu menjadi sedangkan jati diri Pas semakin meningkat.

Dalam masa sama katanya, penyokong Pas telah hilang kepercayaan terhadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang celupar mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang .
"Sehingga kini, AMK masih belum menarik balik kenyataan mereka dan mustahil untuk anak kandung (Pemuda Pas) boleh bekerjasama dengan insan-insan yang pernah mengutuk bapa kandung mereka.

"Mencalar maruah Presiden bermakna mencalar maruah Pemuda Pas," kata kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana