PDRM ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahmad Zahid Hamidi di atas keprihatinan beliau - KPN

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membantu anggota polis trafik selepas terbabit dalam kemalangan di Permatang Pauh, pagi tadi.

Khalid yang menyampaikan penghargaan melalui Twitter miliknya itu turut berkongsi gambar kejadian ketika Ahmad Zahid sedang membantu anggota polis berkenaan.
"PDRM ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahmad Zahid Hamidi diatas keprihatinan beliau terhadap anggota trafik yang malang tadi,”ujarnya.

Dalam insiden kira-kira 9.45 pagi itu, dua anggota polis trafik yang sedang mengiringi kenderaan menteri berkenaan cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 134.4 Lebuhraya Utara Selatan.

Kedua anggota yang berpangkat koperal itu difahamkan bertembung sesama sendiri selepas cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba melintasi di hadapan konvoi.
Kedua anggota terbabit yang mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana