Pasma ganti Unit Amal Pas dalam PRK Permatang Pauh?

PULAU PINANG 20 April - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) negeri meminta ahli Pas yang ingin membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh supaya berbuat demikian menerusi persatuan tersebut.

Presidennya, Zulkifly Lazim berkata, beliau memahami pendirian Pas yang tidak mahu ahlinya membantu PKR berikutan krisis yang melanda kedua-dua parti sekali gus menawarkan tempat kepada ahli-ahli Pas yang masih mahu membantu calon PKR.

“Mereka yang berminat boleh datang ke bilik gerakan Pasma negeri di Bandar Perda dan daftar sebagai ahli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Pas Kawasan Permatang Pauh yang tidak akan membantu PKR dalam PRK Parlimen itu selagi parti tersebut tidak menarik balik bantahan terhadap hukum hudud dan membuat permohonan maaf.

Menurut Zulkifly, pihaknya sedia mengambil alih peranan yang dimainkan oleh jentera dan Unit Amal Pas selama ini malah sudahpun memulakan gerak kerja.

Tambahnya, Presiden Pasma, Datuk Phahrulrazi Zawawi sendiri sudah dua kali turun padang ke kawasan itu untuk membantu selain menyasarkan setiap Parlimen menghantar sekurang-kurangnya 10 ahli untuk bagi berkempen dalam PRK berkenaan.

Katanya, ketika ini mereka sudah mempunyai lebih 1,000 ahli dan sedia bekerja di Permatang Pauh walaupun Pas mungkin tidak membantu.

“Kita tidak bimbang soal mereka (Pas) boikot kerana di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Pas hanya mempunyai tiga cawangan sahaja,” katanya.

Ditanya ketegasan Pas Permatang Pauh yang enggan membantu calon PKR, Zulkifly mendakwa pendirian itu berbeza dengan kemahuan ahli peringkat akar umbi.

“Ini hanya diputuskan oleh beberapa puluh orang ahli Pas yang berada dalam jawatankuasa berkenaan dan sudah pasti ahli lain yang lebih ramai ada pendirian berbeza,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana