PasMa akan terang isu hudud di PRK Permatang Pauh...Sekutu Kuat DAP ni Nak Apa Lagi?

ULAU PINANG: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh kali ini dengan menjelaskan isu hudud yang berbangkit sejak beberapa bulan lalu.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata penerangan berkaitan isu itu perlu dibuat ekoran terdapat golongan ulama yang menyifatkan tidak perlu mengundi calon PRK yang menolak hudud.

"Kami perlu adakan sesi penerangan ini disebabkan ada golongan ulama yang mengeluarkan kenyataan supaya menolak calon yang tidak mahu hudud.

"Jadi saya rasa isu-isu seperti ini perlu ditangani walaupun PasMa bukan sebahagian daripada parti komponen tetapi kita lebih memikirkan apa-apa sahaja isu yang dibangkitkan di Permatang Pauh perlu diberikan penjelasan.

"Sebab kita hendak mengukuhkan pakatan rakyat bukannya sebaliknya," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak menamakan siapakah golongan ulama yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebelum ini Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman dilaporkan berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.

“Hudud perkara dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ia syariat (perintah) ALLAH yang wajib hukumnya untuk dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin sudah digariskan oleh Islam,” katanya menerusi kenyataan medianya, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Badrul meminta PKR menarik balik kenyataan mereka bersabit bantahan terhadap hudud, demi memastikan ahli PAS boleh mengundi calon parti itu pada PRK kawasan itu kali ini.

PKR sebelum ini menyatakan pendidirian yang sama dengan DAP iaitu menolak hudud dilaksanakan di Kelantan atas alasan 'belum tiba masanya' untuk melaksanakan hukum tersebut.

"Saya tidak pasti dia tujukan pada calon PKR di sini (Wan Azizah) atau tidak. Tetapi yang saya hendak tegaskan Datuk Seri Wan Azizah mungkin tidak bersetuju dari segi pelaksanaan hudud yang lemah dan longgar," kata Phahrolrazi.

Bagaimanapun Phahrolrazi tidak mengulas lanjut pegangan Azizah berhubung hudud.

Beliau dalam pada itu berkata, isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut akan dijelaskan oleh PasMa kepada penduduk Permatang Pauh.

"Kami juga akan jelaskan GST ini sangat membebankan rakyat sebab yang peliknya masih lagi ada rakyat yang menyokong GST.

"Sebahagian masyarakat kata okay ada GST tetapi pada kita tidak, jadi kita perlu jelaskan pada penduduk di sini," katanya.

Phahrolrazi yang juga bekas exco PAS Kedah berkata ahli PAS di Parlimen itu kini dalam dilema samada mahu menyokong Azizah atau tidak kerana mendapat dua arahan berbeza daripada pimpinan PAS.

"PAS Johor arahkan supaya menyokong (Azizah) cuma PAS Permatang Pauh sahaja yang tidak mahu (sokong).

"Jadi PAS ada dua versi sekarang, sebab itu PasMa perlu bantu kempen di PRK di sini supaya pakatan rakyat tetap menang walaupun berdepan dengan akar umbi di sini yang lain versinya," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana