PAS tumpu Rompin... 'abaikan' PKR di Permatang Pauh
Dalam perang sudah pasti keutamaan pada perlawanan kita sendiri... PAS nampaknya akan all out di Rompin dan 'melupakan' Permatang Pauh kubu PKR.
Tanda-tanda sudah ada walaupun pemimpin PAS pro Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Mohamad Sabu berikrar akan mengetuai jentera PAS di Permatang Pauh.
Malangnya Mat Sabu walaupun Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tapi tidak ada pengaruh dikalangan PAS akar umbi di negeri itu.
Bahkan ada pemberontakkan, macam PAS Batu Kawan jiran Permatang Pauh yang langsung tidak mencalonkan Mat Sabu di mana-mana jawatan peringkat pusat dalam pemilihan kawasan baru-baru ini.
Tanda paling jelas adalah malam Selasa ketika majlis pelancaran jentera PKR Permatang Pauh diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.
Majlis itu dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Pulau Pinang iaitu ADUN Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.
Antara pemimpin pakatan pembangkang yang hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail; Timbalan Presiden PKR Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Jentera PKR memilih slogan 'Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan' bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.
Di Rompin pula, penamaan calon pada 23 April dan mengundi 5 Mei.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Comments