PAS tanding PRK Rompin, tak hargai pengorbanan BN di Chempaka - Penganalisis

SHAH ALAM: UMNO-Barisan Nasional (BN) mungkin boleh menilai semula kejujuran PAS ekoran dilihat mahu meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, keputusan PAS tersebut langsung tidak mengendahkan pertimbangan yang sama sebelum ini pernah dibuat UMNO yang tidak meletakkan calon di PRK Chempaka.

"Mungkin selepas ini BN boleh melihat semula kejujuran PAS dalam bekerjasama dan sebagainya. Macam sekarang ini pun, mereka masih tidak keluar lagi daripada Pakatan, jadi maksudnya, mereka masih lagi dalam Pakatan.

"Walaupun PAS tahu PRK ini memerlukan perbelanjaan yang banyak, kempen dan sebagainya, jadi dengan keadaan ekonomi sekarang ini lebih elok berjimat cermat dan sebagainya.

"Jadi, kalau hendak bertanding juga memang ia hak PAS, bagaimanapun tidak boleh mengatakan tidak, bagaimanapun adalah tidak molek dengan keadaan sekarang apabila memikirkan bagaimana pengorbanan yang dibuat oleh BN," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas kenyataan Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan PAS tetap akan meletakkan calonnya di PRK Rompin walaupun sebelum ini UMNO tidak berbuat demikian pada PRK Chempaka.

Azizuddin dalam pada itu berkata, Tuan Ibrahim tidak wajar membuat tuntutan yang sama daripada UMNO ke atas PRK Permatang Pauh untuk tidak meletakkan calon memandangkan PRK Permatang Pauh diadakan disebabkan atas kesalahan wakil rakyatnya yang didakwa di mahkamah dan disabitkan hukuman penjara.

"Saya rasa tidak sesuai hendak dibandingkan Permatang Pauh dengan Rompin sebab Permatang Pauh ini atas isu lain, atas isu mahkamah, tetapi Rompin ini atas tragedi yang menimpa Tan Sri Jarmaluddin Jarjis.

"Jadi perkara yang sama juga dalam konteks apa yang berlaku di Cempaka, kalau hendak membuat perbandingan itu, di Cempaka yang sesuai. Jadi kalau hendak dipertimbangkan balik itu, kalau BN tidak bertanding di PRK Cempaka, timbang taranya balik ialah PAS tidak bertanding di Rompinlah.

"Jadi dalam masa sekarang ini pun PAS hendak bekerjasama dalam isu hudud dan sebagainya, apabila ada persaingan untuk kita tengok pertembungan PAS dan UMNO, dalam erti kata lain tidak sesuailah, jadi kalau hendak dikatakan angkuh itu memang adalah (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)," katanya.

Dalam pada itu, usaha AntaraPos untuk mendapatkan Tuan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat gagal bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung ketetapan PAS tersebut.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 22 April manakala pembuangan undi awal diadakan pada 30 April.

PRK ini diadakan berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana